Langkau ke kandungan utama

Tip Top Penulis Bebas, hidup dan perniagaan

Berikut merupakan tip-tip yang saya kongsikan di dalam Facebook, dari masa ke semasa. Saya membenarkan tip-tip ini disebarkan jika ia bermanfaat. Letakkan bersama sumbernya dan pautan ke laman web saya.

-----

Tip Penulis Bebas | Teknik sepuluh idea dalam satu belanga. Buka satu topik dan dapatkan isi daripada rakan-rakan minum teh kita. Kembangkan idea rakan dengan kajian tambahan kita. Susun dan jadilah artikel yang lengkap. [via Celcom SMS]

Tip Hidup | Semasa temubual eklusif bersama New York Times, Jeffrey Katzenberg yang merupakan mantan Pengarah Walt Disney Studio berkata, “Semasa saya berkhidmat disini, segala-galanya saya lihat sebagai medan peperangan. Pesaing, rakan sekerja, pemilik syarikat semuanya akan dilayan sebagai askar sekiranya wujud konflik.”

Konflik dilihat dalam tiga cara iaitu konflik sebagai perang, konflik sebagai peluang dan konflik sebagai sebuah perjalanan.Cara kita melihat konflik menentukan cara kita bertindak.

Tip Hidup | Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi selepas ini.”

Tip skrip jualan | Menggunakan jenaka dalam pengiklanan adalah berisiko. Lebih-lebih lagi jenama yang belum menjadi 'institusi' dalam komuniti pengguna. Pengguna mengingati jenaka sebagai hiburan, bukan produk yang menjadi pilihan

Tip usrah | Gaya hidup pemimpin organisasi menentukan kerajinan dan kesungguhan pekerja. Semakin mewah gaya hidup majikan kelihatan, semakin rendah motivasi pekerja.

Tip usrah | Menjadi pemimpin bermula dengan menjadi pengikut yang baik. Iktibar daripada sahabat para nabi yang menjadi pengikut hari ini pemimpin esok.

Tip usrah | Ada yang tidak tahu membezakan wang & simbol wang. Contoh, seorang mengagumi 'simbol' wang yang terpamer pada individu dengan menyangka ia 'wang'

Tip usrah | Perniagaan yang menyarankan ahlinya memakai kereta mewah untuk dipamer bagi menarik ahli lain. Kesannya, ahli kerja keras bayar hutang kereta.

Tip usrah | Bahasa adalah transaksi.

Tip Penulis Bebas | Kajian menunjukkan individu hanya dapat mendorong diri sehingga 40 peratus. Baki 60 peratus datang daripada kumpulan.

Tip Penulisan| Saya berkenalan dengan seorang pegawai PPD yang sanggup ke ceramah lima jam kerana mahu ilmu itu dicatat dan diberi pada anak buahnya.

Tip Penulis Bebas | Di Mersing saya temui seorang ibu saudara yang menyokong cita-cita anak saudara mahu jadi penulis sepenuh masa sedangkan ibu bapanya tidak.

Tip Penulis Bebas | Perkara yang menyebabkan angan-angan berkarya tidak jadi kenyataan ialah sikap 'perfectionist' . Karyanya kekal sempurna tidak diterbitkan.

Tip Kehidupan | Satu perkara yang mendorong jatuhnya motivasi pekerja ialah apabila majikan mempamerkan kemewahan fizikal (kediaman, kenderaan, pakaian) secara nyata dan berlebih-lebih. Pekerja beranggapan, "Saya bekerja semata-mata untuk menjadikan majikan bertambah kaya."

Tip Kehidupan | Walau apa pun impian hidup, walau apa pun bentuk pengorbanan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Bermentor adalah perkara yang wajib dan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Tip Pengaruh | Salah satu saranan Michelle yang membantu pembinaan imej Obama ialah memastikan suaminya berhenti merokok sebagai ganti kepada sokongan beliau membantu suaminya berkempen untuk pilihanraya Presiden. Saya menceritakan bagaimana wanita ini mempengaruhi suaminya dalam buku 30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh. http://tinyurl.com/ygncosg

Tip Kehidupan | Saya bertemu dengan beliau. Muhammad Yunus pengasas Bank untuk Orang Miskin ketika menghadiri ceramahnya berkata “Kecilkan fokus kepada satu keadaan yang boleh diubah.""Saya melihat negara terlalu besar, maka saya tumpukan kepada kampung. Tetapi saya melihat kampung juga terlalu besar fokusnya maka saya kecilkan kepada individu. Jika kita membantu individu ia akan mengubah keadaan yang lebih besar lagi.”

Kajian mendapati, individu yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang sederhana tinggi lebih mudah mencapainya berbanding mereka yang meletakkan target yang terlalu tinggi dalam hidup mereka.

Muhammad Yunus adalah kes di mana cita-cita sederhananya menjadi suatu yang besar pada penghujungnya.

Tip Penulis Bebas | Pembaca melihat buku bukan sebagai kertas yang penuh tulisan. Mereka membayar dengan kepercayaan kepada penulis dan penerbit. Buku bagi seorang pembaca adalah bayangan kehidupan.

Tip Penulis Bebas | Ucapan di Tg Piai, "Publish or Perish." (TNC UTHM, Prof Dr Rogayah)

Tip Penulis Bebas | Analogi merupakan kaedah mudahkan kefahaman pembaca.

Tip Penulis Bebas | Menjadi penulis tidak bermaksud kesempurnaan. Ia adalah usaha memperbaiki diri.

Santai | Humor di bengkel Tanjung Piai ketika ini, kata suami, "Saya beris'one',dia beris'three'."

Tip Penulis Bebas | Penulis, "Facilitate, not frustate." (TNC UTHM Prof Dr Rogayah)

Tip Hidup | Nasihat tuan Iskandar (Dr Bubbles) pada saya, "Terapi badut memberi respon berhadapan masalah & kegagalan dengan menjenakakan ia."

Tip Penulis Bebas | This street will make you feel brand new. The lights will inspire you (Diubahsuai daripada Empire State Of Mind, Jay Z & Alicia Keys)



-----------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...