Langkau ke kandungan utama

Seminar Pemasaran Internet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009/10

Saya bilang "Pemasaran di internet sudah jadi budaya bukan lagi pilihan kepada peniaga."
Pembaca Internet Marketing untuk Bisnes Kecil selepas seminar.
Tuan Aizat, orang kuat PTS Pro yang banyak membantu sehinggalah seminar ini berlangsung. Di sebelahnya, Catzer dan Diana BookCafe.
Wakil Google (kiri) dan peserta seminar yang hadir
Penuh meskipun Khamis adalah hari bekerja.


Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Sesi soal jawab.

Seminar Pemasaran Internet telah dianjurkan oleh PTS bersempena pelancaran buku siri pemasaran internet atau internet marketing. Ia diadakan di bilik Kedah, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Seminar ini mengetengahkan beberapa orang panelis, antaranya Tuan Izwan Wahab (penulis Internet Marketing untuk Bisnes Kecil), Roszita Buang atau Catzer (pengasas Internet Entrepreneur Malaysia, Sabri Saifulsham (penulis Kedai Online dengan Zencart) dan saya sendiri (penulis Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan wakil kursusperniagaan.com)

Bermula jam 2-5 petang, seminar tiga jam ini dihadiri oleh para peserta pelbagai bangsa dan majoritinya masih baru dan amat berminat dengan pemasaran perniagaan di internet.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan latihan secara praktikal sehingga terbina mini-site atau web mini pertama untuk bisnes, boleh layari laman web Kursusperniagaan.

Dari mana para peserta seminar ini datang?



Peserta bernama Puan Kamalia, berkali-kali menerima e-mel saya mengenai pelbagai informasi dan salah satunya mengenai seminar ini. Saya menjangka beliau melanggan buletin berkala di laman web zamrimohamad.com

"Saya selalu dapat e-mel. Saya tetapkan perancangan untuk hadir ke seminar ini," katanya sedang saya menandatangani buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil milik beliau.


Ada juga yang hadir kerana informasi akhbar yang berkali-kali disiarkan sepanjang tiga hari sebelum seminar. Usaha tim PTS saya ucapkan sebanyak-banyak terima kasih.

Selain itu Facebook dan laman web juga membantu.

Pokok pangkalnya, semuanya berkaitan dengan pemasaran untuk semua berkumpul membina jaringan dalam seminar sehari ini?

Mahu lagi? Klik di sini.


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...