Langkau ke kandungan utama

Keajaiban Penulisan UiTM Segamat, Johor

Sempat lagi mengemaskini web kursuspenulisan.com sebelum bertolak dari Melaka.
"Cadangnya saya mahu ke PWTC esok bertemu Puan Ainon," jelas Dr Jeniri.
Jalan jauh mana pun tetap puas hati.
Prof Dr Muhd Kamil dan isteri.
Soal jawab, bagaimana mencari masa berkarya untuk seorang guru, isteri dan ibu kepada anak-anak.
Dewan kuliah penuh sehingga ada yang perlu berdiri di belakang.

Dr Jeniri Amir dalam penyampaian beliau.
Ucapan dan kata-kata aluan.

Pada hari yang sama Dato' Mahadzir Lokman juga mengendalikan kursus dua hari di sana.



Ya, saya tahu saya ketinggalan beberapa aktiviti menarik di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, PWTC pada hari ini. Saya tinggalkan semua itu untuk seketika agar saya berpeluang berguru dengan Dr Jeniri Amir, penulis prolifik Malaysia. Kali terakhir saya duduk semeja bercerita ringkas ketika Pesta Buku tahun 2008.

Kali ini beliau diterbangkan ke semenanjung bagi berkongsi keajaiban penulisan di UITM Segamat, Johor. Ini kali kedua saya ke sana selepas jemputan bersama Tuan Azmi PTS Islamika bagi mengendalikan bengkel penulisan sehari untuk para pelajarnya.

Terlalu banyak mutiara berharga ingin saya kongsikan kepada Tuan dan Puan, tip-tip penulisan daripada Dr Jeniri Amir. Insya Allah saya akan kongsikan dari masa ke semasa dalam blog ini dan dalam mailing list zamrimohamad.com.

Terima kasih kepada Prof Dr Muhd Kamil dan tim UiTM Segamat membawa beliau ke sini. Terima kasih juga atas kesudian memberi autograf pada VCD Travelog Haji yang ingin saya hadiahkan kepada ibu.

Buku Travelog Haji yang dibaca ibu penuh dengan catatan-catatan berdakwat pena sepanjang pembacaan beliau. Tidak lupa beliau mengutip nasihat yang terakam dalam buku ini. Anak-anaklah tempat ibu menyampaikan nasihat apabila berbicara di ganggang telefon.

Apabila saya singgah melihat muzium mini di sini, fahamlah saya mengapa budaya penulisan begitu subur di sini baik pensyarah mahupun pelajarnya. Sudah banyak rekod kecemerlangan dan kejayaan telah dicatat dalam aktiviti penulisan.

"Harapan saya perjalanan saudara dari Kuala Lumpur ke sini berbaloi," kata Dr Jeniri.

Pastinya amat berbaloi buat saya dan Firdaus. Dari Kuala Lumpur, singgah semalam di rumah saya di Melaka, bertolak seawal jam 7.00 pagi semata-mata tidak mahu terlepas seminit mengikuti bimbingan daripada penulis tersohor ini.

Esok, dengan izin Allah, saya ke PWTC. Jangan lupa dapatkan kupon diskaun buku PTS di sini. Miliki koleksi buku hasil tulisan saudara Zamri Mohamad di Pesta Buku.

Nota: Gambar diambil oleh Muhammad Firdaus Ariff


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

fadzil yusof berkata…
Zam, kali pertama aku dengar cara bos kau bercakap, mak aii...kemas lagi mantap.

Pn Ainon memang sifu....

* rancangan di luar lingkungan la, aku tengok

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...