Khamis, Februari 12, 2009

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil Malaysia 2009








Assalam alaikum wbt

Alhmadulillah dengan kerjasama Majalah IM, Kursusperniagaan.com dan tim dari Alumni Mahallah Ali, Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil telah berjaya dijayakan.

Perkongsian saudara Adly Mukhtar dalam sesi akhirnya berkongsi pengalaman menjana RM10K pada usia 17 tahun amat menarik dan jelas mencerminkan satu sisi penting dalam keusahawanan internet.

1. Pentingnya bersikap ikhlas dan jujur dalam perniagaan internet. Membina hubungan atas dasar persahabatan.

2. Amat penting mendapatkan seringgit pertama dalam perniagaan internet sebelum menjana pendapatan lebih tinggi.

3. Perniagaan internet memerlukan tim. Bekerja seorang diri, saudara akan terkejar-kejar melakukan semua. Untung dalam penat.

4. Pilihan tim hendaklah berbeza dari segi kemahiran agar masing-masing tidak bersaing dan berpecah.

Dalam topik penjenamaan, Tuan Mazlan Mohamad dari IIU Holding berkongsi pandangan, jenama adalah janji. Jika Minyak Angin Cap Kapak disebut, apakah perkara yang timbul dalam kepala saudara. Apa yang timbul dalam minda adalah janji yang perlu dipenuhi oleh jenama terbabit.

Ada beberapa lagi faktor Wao! dalam seminar ini. Gambar-gambar akan menyusul kemudian.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates