Langkau ke kandungan utama

Tahun Baru 2009 | Hadiah kepada blogger dan pengunjung laman web


Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan tahun baru 2009. Tahun ini adalah tahun terbaik kepada kita semua untuk mencapai matlamat yang diingini. Moga-moga Allah permudahkan usaha kita semua. Di sini saya berikan kalendar dan pelan perancangan percuma 2009 kepada semua pelayar blog ini. Klik pada gambar, klik pada butang kanan mouse dan save as.

Kalendar ini mempunyai petak-petak khas pada setiap hari untuk mencatat aktiviti dan ruangan ini menurunkan idea secara bebas!

Kata-kata hikmat dari tokoh terkemuka disusun sebagai inspirasi kepada saudara dan saudari dalam kalendar 2009

Ia boleh dicetak berwarna atau pun hitam putih dan dijilid untuk dibawa ke mana sahaja.

Ia boleh digunakan untuk mencatat perencanaan tuan dan puan sepanjang 2009. Kalendar dan pelan tahunan 2009 dihasilkan oleh pereka grafik, Tuan Izwan Wahab a.k.a Robotys

Ulasan

Salam tuan yang budiman, selamat tahun baru semoga beroleh kejayaan dalam apa jua lapangan.
Tanpa Nama berkata…
thanks for sharing bro....lawa dsign die...heheh...
ABDUL LATIP berkata…
Assalamualaikum dan selamat tahun baru 1430/2009.
Its me berkata…
selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...