Selasa, Disember 02, 2008

Cara Pemasaran Penulisan : Penulis pertama PTS lancarkan setem sendiri



Paparan berita Pos Malaysia, Zamri Mohamad dan Setemku dalam akhbar Sinar Harian, Jumaat 5 Disember 2008. Klik untuk baca.
Hafiz Burhan dari Pos Malaysia (kiri) menunjukkan produk Setemku bersama penulis tempatan, Zamri MohamadKlik gambar untuk paparan lebih jelas


Zamri Mohamad kini melancarkan koleksi setemnya sendiri. Setem dengan paparan kulit buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas akan ditujukan kepada semua pembaca dan peserta kursus penulisan untuk Penulis Bebas yang akan diadakan pada 11 Januari 2009. Klik di sini

Hafiz Burhan dari bahagian Setem dan Filateli, ibu pejabat Pos Malaysia, Dayabumi Kuala Lumpur berkata, "Produk Setemku memberi peluang kepada para pelanggan untuk memaparkan imej pilihan mereka dalam apa jua sambutan bersama-sama setem keluaran kami sama ada untuk tujuan peribadi mahupun korporat."

Jelas Hafiz lagi, produk ini diperkenalkan dalam empat rekabentuk setem berbeza dan mengandungi 20 keping setem bagi setiap helaian. Melalui tiga langkah mudah, pelanggan hanya perlu memilih rekabentuk pilihan, memilih foto untuk diimejkan bersama dan membuat pesanan rekabentuk setem yang diingini.

Setemku ditawarkan dalam dua bentuk pakej, iaitu setem bernilai tiga puluh sen dan lima puluh sen. Setiap helai dijual masing-masing pada harga RM13.00 dan RM22.00.

"Bagi pakej korporat, Pos Malaysia menawarkan pakej minimum sejumlah 500 helai pesanan dengan empat rekabentuk berbeza," jelas Hafiz ketika ditemui di Minggu Setem 2008, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur .

Dari sudut pandang pelanggan, mereka melihat Pos Malaysia telah membawa makna baru kepada perkembangan rekabentuk dan fungsi setem keluaran tempatan.

Penulis buku tempatan, Zamri Mohamad menjadikan kulit bukunya berjudul Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai imej setem tempatan. Ia menjadi kulit buku tempatan pertama di negara ini yang dijadikan ke dalam bentuk setem untuk edaran umum.

Zamri yang juga pengendali bengkel penulis bebas melihat pengenalan Setemku membawa budaya baru kepada cabang industri lain, khususnya industri buku negara, "Pengenalan Setemku memudahkan saya memperkenalkan buku-buku terbaru kepada pelanggan melalui paparan kulit buku pada setem."

Kata penulis kepada lapan buah buku ini, Setemku membantu meningkatkan kesedaran kepada buku-buku terbarunya di seluruh negara selain daripada melalui blog dan laman web yang dikunjungi ribuan pelayar di zamrimohamad.com

Berdasarkan respon positif pelanggan, produk Pos Malaysia kini rancak dalam promosi pengenalan dan bakal memasuki cawangan-cawangan pos di seluruh Malaysia , Sabah dan Sarawak .



Nota: Ketahui lebih lanjut mengenai Setemku keluaran POS Malaysia di kursus penulisan Zamri Mohamad. Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

6 Respons:

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D berkata...

Wow! Tahniah dan syabas. Hebat tu, setem tu boleh pakai tak? Atau untuk tujuan promosi sahaja?

Zamri Mohamad berkata...

Setem itu boleh dipakai, ada dua set, sebelah menyebelah.

ABDUL LATIP berkata...

Macam-macam idea tuan Zamri ini :) tahniah juga daripada saya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles berkata...

Saudara Zamri,

Idea yang sungguh kreatif.Tuan mendahului saya dalam hal ini.Baru sahaja merancang untuk menggunakan idea ini untuk organisasi saya.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Tuan Zamri,
Sudikah tuan berkhidmat sebagai pegawai PTS? (Ini bukan lamaran olok-olok!)

ABDUL LATIP berkata...

Tuan Zamri

Terima saja lamaran Puan Ainon itu. Rezeki jangan ditolak.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates