Selasa, Jun 03, 2008

Kursus dua hari usahawan francais

Hebahan dari www.kursusfrancais.com

Program Kemahiran Francais

Franchise Mastery Program


Pernahkah anda bertanya bagaimana untuk menjadi francaisor dan memiliki rangkaian perniagaan francais dengan sistem yang mantap serta dikenali ramai?

Mungkin anda tidak perlu menjadi francaisor tetapi memilih untuk melesenkan jenama, konsep dan perniagaan anda.

Bagaimana anda boleh menggunakan sistem yang sama untuk ditawarkan kepada bakal-bakal usahawan?

Program Kemahiran Francais memberi anda pendedahan mengenai konsep francais dan panduan untuk anda merancang, mengurus seterusnya mengembangkan perniagaan anda sama ada secara rangkaian francais atau perlesenan (licensing).

Program ini juga bertujuan untuk memahirkan anda mengenai aspek-aspek pengurusan perniagaan secara francais atau perlesenan.

Ia membantu anda mendapatkan pengetahuan serta kemahiran untuk menguruskan outlet-outlet cawangan dan rangkaian secara francais.

Berbeza dengan seminar atau kursus yang mungkin pernah anda hadiri, program ini lebih memberi penekanan kepada perkara-perkara utama / intipati dan penting perlu anda ketahui mengenai konsep serta industri francais dan perlesenan (licensing).

Kami menjamin program ini akan dapat memberi anda langkah permulaan (head-start) untuk merancang kejayaan perniagaan anda ke arah francais dan perlesenan (licensing).

Kemahiran yang bakal anda perolehi daripada program:
Merancang perniagaan sedia ada ke arah pengamalan sistem francais.
Menganalisa faktor-faktor kejayaan perniagaan francais.
Menyediakan pelan perniagaan francais yang berkesan.
Membuat perancangan strategik untuk francaisi, licensi and mentee.
Membangunkan konsep dan amalan perniagaan secara francais.
Merancang ke arah pengumpulan modal, peningkatan nilai perniagaan dan penguasaan pasaran yang lebih luas melalui sistem francais.

Anda perlu sertai program ini jika anda seorang

CEO, pengarah syarikat, pemilik perniagaan kecil, pengurus atau eksekutif syarikat

Kenapa anda perlu sertai program ini?

Anda perlu sertai program ini jika:

Anda telah lama berniaga dan ingin membuka cawangan baru atau melantik usahawan membeli dan menjalankan konsep perniagaan anda.

Anda ingin membina dan menjual konsep perniagaan untuk ditawarkan kepada bakal-bakal usahawan.

Anda ingin meningkatkan kecekapan, produktiviti dan prestasi perniagaan anda yang sedia ada.

Anda ingin perniagaan menjadi lebih berdaya saing dan mantap dalam pasaran.

Anda ingin meningkatkan nama baik (goodwill) serta nilai (value) perniagaan melalui pengamalan sistem yang menjadi standard antarabangsa.

Dalam erti kata lain tanpa mengira jenis dan saiz perniagaan, anda perlu menghadiri program ini demi memantap dan memajukan lagi perniagaan anda.

Medium Penyampaian

Bahasa Malaysia

Pendaftaran di www.kursusfrancais.com

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates