Ahad, Mac 02, 2008

MASKARA 7 kekalkan momentum






Program MASKARA 7 di rumah Pena masih mengekalkan momentumnya. Kali ini hadirin yang datang kekal ramai sebagaimana MASKARA 6 bulan lalu. Ekspresi karya secara bebas masih kekal menjadi tradisi peserta-peserta kali ini.

Sayang sekali, saya tidak dapat hadir pada sesi pertama. Hanya berkesempatan melihat acara lelong buku oleh Dean Sham dan Mat Jan. Lelongan sebuah buku pada harga bidaan setinggi RM27 dimenangi oleh encik Zahrin yang datang bersama-sama isterinya, Kak Nor. Kata encik Zahrin, "Aku nak simpan buku ini. Tidak mahu buang pembalutnya."

Hisham Salmin dengan jiwa 80-an membuka sesi kedua dengan lagu Suhaimi Mior Hashim dan Kumpulan Kembara. Aduh, generasi muda 80-an seperti saya teringat kembali radio besar yang sering memutarkan lagu-lagu ini.

Sesi kedua seperti kata Dean Sham banyak mengetengahkan persembahan pemudi-pemudi harapan pemuda.

Cuma, seperti disebutkan oleh sahabat saya pada malam itu, "Kenapa persembahan karya mereka seperti karya marah-marah?"

Hmm, tiada komen. Seperti saya bilang, di sini ekspresi karya bergantung kepada karakter penyampainya.

Baik sekali jika penyampainya mampu bertahan sehingga akhir program bagi menyokong persembahan rakan-rakan MASKARA lain. Saya kira kekuatan MASKARA bukan sahaja pada pesertanya, tetapi hadirin yang bisa bertahan sehingga akhir.

Keseluruhan penilaian MASKARA 7, sepuluh per sepuluh.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates