Sudah lama tidak pulang ke kampung. Kali ini pulang bukan dengan tangan kosong, tetapi berkotak-kotak barang dan buku. Kelak saya akan berada di Melaka. Selepas kontrak sebagai pembantu kepada penasihat media rektor di Universiti Islam Antarabangsa tamat secara rasmi, saya akan fokus kepada kerjaya lain. Mahu mencari angin baru. Encik Abdul Halim, penyelia berkata jika masih tidak mendapat apa-apa kerja, sambunglah kontrak seperti biasa. Oh, saya sudah menyambung kontrak sebanyak tiga kali sebelum ini. Dua tahun di sini. Sambung kontrak buat kali keempat, insya Allah tetapi tidak ada janji di situ. Encik Abdul Halim meminta saya mencarikan pembantu yang boleh menguruskan kerja seperti biasa. Mengikut kriteria yang diminta oleh Encik Abdul Halim, pembantu penasihat media mempunyai ciri-ciri berikut. Lelaki. Bekas pelajar kewartawanan dan media. Jika tidak, mesti pernah mengambil subjek berkaitan. Pelajar UIAM tahun akhir digalakan memohon. Tahu menulis berita dan menghasilkan rencana. T...
Catatan penulis buku, trainer bengkel dan kursus penulisan.