Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2007

E-mel dari Bumblebee Publishers

klik untuk paparan lebih besar I have obtained your contact details from internet. If you think you have something worthwhile for us to consider, we will be glad to receive a communication from you. Regards, Sahiba Email: sahiba@bumblebeepublishers.com Bumblebee Publishers A Div of: Ethos Embassy Marketing Ser. Pvt. Ltd. S- 185, Ground Floor, Greater kailash - II, New Delhi - 110 048, INDIA www.ethosembassy.com www.bumblebeepublishers.com Itulah e-mel yang saya terima pada hari ini. Penerbit dari India menghubungi saya melalui maklumat yang saya isi dan paparkan dalam writers.net. E-mel ini membuat saya terfikir beberapa perkara. Misalnya pada satu hari nanti sebuah penerbitan yang dikenali di negara tersebut membaca profil dan sinopsis kita di dalam internet dan berminat menerbitkan buku kita dalam bahasanya. Apa agaknya cerita selepas itu? Misalnya pada suatu hari nanti ada sebuah penerbit berminat untuk menjalinkan usahasama dengan penerbit yang mengeluarkan buku-buku kita. Apa agak...

Saya nak buat semuanya sekaligus!

Salah satu sangkaan yang saya perlu perbetulkan ialah ada sebahagian yang membuat andaian permulaan saya menjadi penulis bebas dalam akhbar, majalah, online, buku serentak sejak awal-awal lagi. Tidak. Saya menjadi penulis bebas dalam akhbar, majalah, online, buku serentak bermula pada akhir tahun 2005 . Ceritanya mudah. Pada tahun 1997 saya menulis di akhbar dalam ruangan Pelajar Menulis ketika di Sekolah Tinggi Melaka. Ia berlaku sekali sahaja. Itupun kerana tercabar dengan puisi dan rencana kiriman sahabat pena dan abang saya yang tersiar di akhbar. Penolakan demi penolakan membuat saya berjauh hati dengan penulisan dan tidak mahu menulis. Bayangkan majalah sekolah pun menolak hasil kerja saya. Alasannya, terlalu panjang. Orang muda boleh jadi sangat kecewa apabila melalui suasana negatif berkali-kali. Kemudian pada 7 Oktober 2002 , saya mula menulis dalam ruangan surat pembaca bermula dengan isu Jerry Falwell melabelkan nabi Muhammad sebagai pengganas dan al Quran sebagai teks k...

Terima kasih cik Nordiana

Lama juga saya tidak keluar ke pusat membeli belah memerhatikan orang. Ajakan saudara Mohd Syarafuddin Sulaiman , penulis siri Akademi Kehidupan pada petang Ahad itu sukar aku tolak. Mungkin ini satu bentuk kawalan kepada diri saya dalam berbelanja. Maksud saya berbelanja apabila membeli buku. Dalam beberapa bulan sahaja, banyak perkara yang berubah. Kinokuniya sudah membali hampir kesemua buku-bukunya. Salah satu cara hendak menjaga kualiti buku. Mahu baca, pergi ke kaunter dan minta pertolongan pekerja di situ. Sebagaimana dijangka. Pasti ada sahaja bungkusan yang akan dibawa pulang.Tiga buah buku baru karangan John C Maxwell, John Gray, Gary McClain, Deborah S. Romaine dan Andrea Hirata menjadi pilihanku sebagai rujukan buku terbaru dan hiburan. Ketika di kaunter, juruwang sibuk menguruskan buku-bukuku. “RM000.00 sir,” katanya dalam bahasa Inggeris. “Terima kasih cik Nordiana,” kataku kembali dalam bahasa Melayu apabila beliau menghulurkan resit. Terkejut apabila saya menyebut nama...

Perempuan April 2007

Terima kasih kepada warga penerbitan majalah Perempuan dan wartawan Wan Razimah Shamsudin. Klik Entri lalu Majalah Perempuan Mac 2007

Magnet Cinta di Singapura

Alhamdulillah, buku Magnet Cinta telah pun berada di Singapura. Melalui National Library (NLB) Board of Singapore, buku Magnet Cinta boleh dibaca di 23 perpustakaan di Singapura. Moga-moga kita boleh berkongsi pengalaman, pandangan, tp-tip dan cerita yang kita boleh kongsikan selepas membaca Magnet Cinta. Pengalaman anda adalah guru yang paling bermakna dalam hidup semua manusia. Ayuh kita sebarkan! Ang Mo Kio Community Library Bukit Batok Community Library Bedok Community Library Bishan Community Library Bukit Merah Community Library Bukit Panjang Community Library Choa Chu Kang Community Library Central Lending Library Cheng San Community Library Geylang East Community Library Jurong Regional Library Jurong West Community Library Jurong West Community Library Marine Parade Community Library Library@orchard Pasir Ris Community Library Queenstown Community Library Sembawang Community Library Sengkang Community Library Toa Payoh Community Library Tampines Regional Library Woodlands Regi...

The Psychology of Selling

Salah satu buku yang aku beli dua minggu lalu. Ada sebabnya mengapa aku paparkan di sini. Ia amat berkait rapat dengan penghasilan karya secara produktif. Brian Tracy juga mengamalkannya. Jika saudara berkesempatan membaca buku ini cuba lihat bagaimana isi-isi pentingnya dipecahkan. Setiap muka surat terdapat lebih kurang 3 hingga 4 isi yang dipecahkan dan diringkaskan. Saya percaya buku Brian Tracy ini ditulis menggunakan sistem kad. Apabila setiap isi ditulis sebagai satu kad setiap hari, maka kad-kad ini dikumpulkan dalam bentuk buku apabila sudah mencapai sasaran. Selain daripada buku ini, sebuah buku lagi tulis Ron Kaufman, Up Your Service, Insight juga menggunakan pendekatan yang sama. Saya selalu membuat anggaran dengan melihat jumlah muka surat bagi setiap tip yang dikongsikan Ron. Bagi setiap tip, ia sekitar 2-3 muka surat. Jika ia diambil sebagai anggaran jumlah halaman yang ditulisnya, saya andaikan beliau menulis 2-3 mukasurat bagi setiap tip. Buku beliau bermula dari himpu...

Peta Minda Buku Pertama

Balik ke kampung dua minggu lalu, sempatlah aku membuka kembali kotak-kotak lama. Kemudian terjumpa pula satu buku lama yang merupakan catatan penulisanku ketika masa belajar dahulu. Peta minda di atas merupakan idea penghasilan bab-bab buku pertamaku, Memahami Bahasa Cinta Lelaki.

Selamat Kembali Ibu!

Alhamdulillah, selepas 10 hari ibu pergi menunaikan umrah, beliau kembali ke Malaysia pada Ahad jam 9.30 pagi. Lewat benar hendak menunggu beg lepas dari pemeriksaan. Sedangkan ibu dan anak angkatnya sudah tiba di KLIA jam 7.45 pagi. Bukan main gembira lagi ibu di sana berpeluang menziarahi rumah Allah. Dalam sakit-sakit kaki si ibu, Allah sudah menjemputnya ke tempat paling istimewa.

Selamat Pengantin baru sahabat!

Khairil Syukri dan pasangan, bercinta masa kami sekolah menengah. Akhirnya mendirikan rumahtangga Anak-anak yatim datang satu bas meraikan majlis Rakan-rakan sekolah Tinggi Melaka yang datang ke majlis perkahwinan Rakan-rakan sekolah Tinggi Melaka yang datang ke majlis perkahwinan. Dua sudah berkahwin, dua lagi bakal berkahwin.

Magnet Cinta Top Ten Mac 2007

Bulan MAC 2007 memperlihatkan buku Magnet Cinta dalam kategori sepuluh buku terlaris terbitan PTS Millennia. Alhamdulillah, terima kasih kepada mentor dan ibu yang membimbing dan sering mendoakan, pasukan PTS Publication & Distributor, warga kerja PTS Millennia, kedai-kedai buku, pengedar, wartawan dan para pembaca yang dihormati kerana memberi sokongan kepada buku ini. Semoga catatan rekod ini akan menjadi pendorong untukku menghasilkan lebih banyak buku yang bermanfaat kepada masyarakat. Perjalanan masih jauh, masih banyak perkara perlu diselesaikan. Sekali lagi, terima kasih kepada pasukan PTS bermula dari pengarah, pengurus, editor yang melayan karenahku dan pegawai promosi serta pemasaran yang mencurahkan 200% usaha mereka untuk kemajuan bangsa dengan membumikan ilmu di langit. Semoga Allah redhai usaha ini. Lihat Bulan Mei 2006 Lihat Bulan Jun 2006

Telefon terbang

Macam-macam cara orang lakukan kalau hendak berkenalan. Dua minggu lalu, dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama rakan, kami sempat melihat satu insiden yang menarik perhatian. Kelihatan sebuah motosikal di hadapan menghampiri kereta Wira di hadapan kami. Ketika berhenti kerana lampu merah, penunggang motosikal (lelaki) sempat menegur dan berbual-bual pendek dengan pemandu kereta itu (perempuan). Ia berlaku dua kali di dua lampu trafik yang berbeza. Kemudian lelaki itu mengeluarkan dompetnya untuk menyerahkan kad untuk dihubungi. Kerana jarak antara motosikal dan kereta menyukarkan si lelaki menghulurkan kad, si perempuan pula menggunakan telefonnya untuk mendail nombor lelaki tersebut dari dalam kenderaan. Missed Call, dan simpan. Adakah mereka sudah kenal sebelum ini atau trend membina perhubungan baru masa kini? Jangan terkejut, pernah berlaku seorang lelaki pernah melakukan perkara berikut, "Turunkan tingkap," kata lelaki itu. Kemudian dia mencampak telefon bimbit...

Email dari Asian Writing School .

Sekarang, pelbagai kursus penulisan yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna internet. Baru-baru ini, aku menerima satu email dari Asian Writing School . Kelas penulisan secara online. Maklumat ringkas tentang peneraju pendidikan online ini. Asian Writing School (AWS) is a Malaysian-based online writing school. It is headed by former journalist, C S Tan, who has 16 years of writing experience. Tan is a Master of Business Administration (MBA) graduate from the University of the Sunshine Coast. He graduated from Australia's youngest university in 2004 and was adjudged Malaysia's sole recipient of the prestigious Dean's Award. Tan is assisted by a team of very experienced TESL (Teaching of English as a Second Language) graduates who have more than 30 years of teaching experience behind them - both at the primary and secondary school levels. AWS can be reached at admin@asianwritingschool.com http://asianwritingschool.com/

Temubual bersama pelajar kelas Etika Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Dari kiri (Chong Li Peng, Zamri Mohamad dan Chia Yee Jue)