Langkau ke kandungan utama

Cinta, bukan sekadar cerita




Apa yang hebat tentang filem CINTA. Aku pergi menonton bagi tayangan larut malam kerana satu sebab. Hendak melihat lakonan Dato Rahim Ghazali sebagai cikgu Ilyas, watak seorang tua yang menghidapi penyakit elzhaimer dan melalui hari-harinya dengan kisah yang sama. Pergi ke sekolah, ke kedai membeli akhbar, bermain catur, memotong rambut dan akhir sekali ke kedai Chong yang sudah lama tiada untuk membaiki jam tangan yang rosak. Itulah cikgu Ilyas dalam filem ini. Kehidupan yang sama ceritanya sehinggalah muncul Rubiah lakonan Fatimah Abu Bakar, wanita sebayanya yang mengusahakan restoran di tapak kedai Chong, rakan lama cikgu Ilyas.

Cerita ini memaparkan satu sudut menarik tentang dilema wanita bekerjaya Dyan yang berhadapan konflik menyintai suami orang, Kamal yang sebenarnya sudah mula ingin menjauhkan diri dari dirinya. Pada masa yang sama konflik kasih sayang dengan interpretasi memberi yang terbaik untuk adiknya Dhani turut membawa lebih banyak pertentangan.

Banyak sebemarnya cerita di sebalik cerita yang dipertontonkan kepada umum selama dua jam di panggung ini. Jika mahu melihat latar yang hidup bersama-sama cerita lakonan watak-wataknya, filem ini mungkin sesuai untuk anda. Ia bukan filem cinta untuk seronok-seronok sahaja. Ia untuk mereka yang ingin merenung kembali sisi cinta dalam hidup mereka.

Jika saudara atau saudari penulis, mungkin ada adegan di kedai buku dalam filem ini merupakan salah satu kisah benar yang pernah dilakukan (aku ketawa sendiri).

Nota: Aku suka dengar kisah cinta orang-orang tua :)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kedai buku?soalan anda sangat realistik, zamri!ahaks!Suka lakonan Dato' Rahim Razali.Wow, lengkap dengan video klip!

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

Laman web dinaiktaraf.

Saya tidak berpuas hati maka saya ubah semuanya sekali lagi. Laman web rasmi penulis ditukar untuk kali ke berapa, saya sendiri sudah tidak pasti. Tetapi saya jangkakan laman web wajah baru ini bakal kekal dengan wajah ini bagi tempoh yang lama. Saya sedang cuba-cuba belajar menggunakan beberapa perisian grafik bagi keperluan foto di dalam laman web. Apa yang kasar dihaluskan, apa yang bertompok dihilangkan, apa yang gelap dicerahkan. Saya seperti kembali kepada usia 21 tahun, bermain-main dengan perisian grafik di komputer rakan saya. Zaman olok-olok. Kami bergembira dengan gambar dan warna. Kami hasilkan kulit album olok-olok. Kemudian kami hasilkan laman web ringkas seolah-olah laman web sebuah kumpulan muzik. Saya masih ingat lagi, kami berempat baru pulang daripada kelas bahasa Arab. Berlatar belakang dinding dengan permukaan berpasir dan kasar, kami mengambil gambar di situ. Sampai di bilik, kami ubah suai dan menjadi kulit album kumpulan ahli muzik. Bertudung labuh ke konsert un...