Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2006

Pelajar antarabangsa selami keindahan budaya dan bahasa Melayu

Kelab Teater UIAM mempersembahkan sketsa perkahwinan orang Melayu di Malam Gema Melayu. “Saya mengambil masa satu minggu untuk berlatih menjadi tukang karut dalam kumpulan dikir barat ini. Tidak sesukar mana dan meyeronokan,” kata Mirsim Ghasi, pelajar Jabatan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dari Kosovo. Pelajar antarabangsa berumur 19 tahun ini baru berada di Malaysia selama lapan bulan. Persembahan beliau menimbulkan kekaguman hadirin dengan kemampuan mengingati setiap baris perkataan yang perlu disebut sebagai tukang karut sepanjang 15 minit persembahan bersama kumpulan dikir barat nusantara. Bagi Dina Salahuddin dari Sudan yang mempersembahkan sajak bertajuk Keindahan Dalam Budaya, “Saya perlu memahami apa yang saya sampaikan dalam sajak ini. Isinya yang menekankan kepada sesuatu bersifat seni dan motivasi memudahkan saya mendeklamasi bait-bait sajak ini.” Dalam kesibukan tugasan menyiapkan projek-projek yang perlu diselesaikan sepanjang semester ini, Dina yang juga pelajar t...

oi ni ochitara- boku no seikou no himitsu

Filem ini memberi nilai-nilai motivasi, cinta dan perjuangan hidup sesuai dengan gaya hidup Jepun yang tidakmudah berputus asa. Aku perolehi video ini daro rakan-rakan kaki wayang Jepun. Menurut seorang sahabat, para penerbit drama Jepun akan menyiarkan di internet terlebih dahulu dan terbuka untuk sesiapa untuk memuat turun. Jika ditonton dari awal, kita akan mendengar suara latar, "Belilah DVD ini apabila berada di pasaran. Sokongan penerbit ini...." kemudian muncul pula logo-logo iklan penaja drama ini atau pengiklan yang ingin memasarkan nama perniagaan mereka. Hanya nama perniagaan sahaja untuk pengiklan-pengiklan ini di awal dan akhir rancangan. Pusanagi Tsuyoshi plays Suzuki Shimao - a simple man who runs a small screw factory handed down from his father. He doesn't have much money, but he has a strong sense of justice and a belief in looking out for other people. In the beginning of this drama, he is saving so that he can go on a trip with his mother, but he ends ...

Respon Muhtar Suhaili, 'Dato Nordin Kardi tidak terlibat.

Mesej yang disampaikan oleh saudara Muhtar Suhaili ke Motivasi Minda. KARYA SAYA DICIPLAK: MOHON PENJELASAN ISLAMHADHARI.NET. As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entri yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek. Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi: Nordin Kardi : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. M...

Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili

Petikan diambil dari Islam Hadhari.net http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/isu.php Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net. Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan...

Respon kepada penjelasan Islam Hadhari.net

“Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi,” petikan kenyataan balas Islam Hadhari. Penjelasan pihak Islam Hadhari amat ditunggu-tunggu. Membaca kembali respon dari pihak Islam Hadhari seolah-olah menyalahkan kami dalam mengetengahkan isu ini. Untuk pengetahuan tuan, di Amerika dan negara-negara Eropah, kemungkinan disaman amat tinggi dalam kes jenayah ini. Di negara-negara maju ini, badan khas yang melindungi hak penulis sangat cepat dan bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya demi hak penulisnya. Dalam isu ini, kami tidak menyalahkan Dato Nordin Kardi , cuma kami inginkan PENJELASAN BAGAIMANA IA BERLAKU dan MENGAPA KESILAPAN TEKNIKAL SEBESAR INI BOLEH TERJADI . Alhamdulillah, Dato Nordin sendiri mengatakan apa yang berlaku tidak a...

Cinta, bukan sekadar cerita

Apa yang hebat tentang filem CINTA. Aku pergi menonton bagi tayangan larut malam kerana satu sebab. Hendak melihat lakonan Dato Rahim Ghazali sebagai cikgu Ilyas, watak seorang tua yang menghidapi penyakit elzhaimer dan melalui hari-harinya dengan kisah yang sama. Pergi ke sekolah, ke kedai membeli akhbar, bermain catur, memotong rambut dan akhir sekali ke kedai Chong yang sudah lama tiada untuk membaiki jam tangan yang rosak. Itulah cikgu Ilyas dalam filem ini. Kehidupan yang sama ceritanya sehinggalah muncul Rubiah lakonan Fatimah Abu Bakar, wanita sebayanya yang mengusahakan restoran di tapak kedai Chong, rakan lama cikgu Ilyas. Cerita ini memaparkan satu sudut menarik tentang dilema wanita bekerjaya Dyan yang berhadapan konflik menyintai suami orang, Kamal yang sebenarnya sudah mula ingin menjauhkan diri dari dirinya. Pada masa yang sama konflik kasih sayang dengan interpretasi memberi yang terbaik untuk adiknya Dhani turut membawa lebih banyak pertentangan. Banyak sebemarnya cerit...

Dakwah Mi Segera

Saudara dan saudari tidak akan dapat peluang ini di mana-mana melainkan di Melaka. Sudah lama aku perhatikan. Di Kuala Lumpur pun tidak akan anda temui. Usaha dakwah yang ringkas dan mudah. Hanya potong gambar masjid negeri dan tampal di dalam bas. Kemudian tertera di situ, Semua dijemput Hadir. Mudahkan.

AC di sini

AC MIzal tidak puas hati apabila aku mengambil gambarnya dari jauh (jangan marah) Dari dahulu sampai sekarang, aku memang suka tengok krew terlibat dalam penggambaran.

Ke mana kita?

Lama juga aku menyimpan gambar ini di dalam kamera. Gambar ini diambil di Wangsa Maju selepas pulang dari kursus penulisan PTS beberapa minggu lalu. Soalan yang tertera di papan iklan ini seperti mengingatkan aku sesuatu. Menyegarkan kembali arah tujuan hidup.

Wajah

Alam dari lensa kameraku

Pertemuan Sendiri Rezeki teh tarik.

Hutang Orang Aku Yang Kejar

Hendak mengutip hutang memang susah. Kalau berhutang pun susah juga. Tapi dalam bisnes hutanglah penggerak untuk menambah modal. Dalam bidang perkhidmatan, hutang juga memainkan peranan untuk mendapatkan pakarnya terlebih dahulu untuk membuat kerja. Adakalanya gaji juga kelihatan seperti hutang. Kita dibayar selepas 30 hari bekerja. Dipinjamkan kudrat kita, dibayar kemudian. Mungkin definisiku salah. Aku cukup susah hati dengan sikap orang yang berhutang dan terlupa dan melupakan atau tidak ada inisiatif membayar hutang. Semuanya menjadi percaturan kredibilitiku di mata orang lain. Dahulu aku pernah membantu seorang sahabat yang memerlukan benar seorang jurukamera video untuk rakaman bagi projek majlis perbandaran. Petangnya pula majikan kepada sahabat ini pula meminta jurukamera yang sama membuat rakaman bagi promosi kopi ubat. Maka aku pun meminta sahabatku dari Indonesia yang juga koresponden televisyen di Indonesia membuat rakaman. Janji pertama sahabat ini, "Saya akan bayar h...

Star No Koi

Minggu ini aku sedang menonton drama Jepun bersiri Star No Koi. Berikut merupakan catatan dari sebuah web tentang drama ini. This is the story of two people from two very different social strata. Sosuke Nakata works at a ham-production store. He's a regular worker there, not even the boss. His main side-interest is archery. Hikaurko Kirishima is a beautiful actress who sees Sosuke by accident one day and announces, for certain reasons, that she plans to marry him, then drops the annoucement. Even with that, though, the two seem fated to be constantly interacting. It's a nice romantic comedy, basically, about two people from two different worlds who find their love interest in each other. out of the blue! More than that, this top star's boyfriend is just your typical salaried worker!! What does Kirishima have up her sleeve as she hides behind her intrepid smile?! Nakata obviously has no idea about what happened at the press conference. He also doesn't know what lies ahea...

The car is red.

Si ayah masuk ke rumah dengan marah-marah. Anak yang sulung memerhatikan. Si ibu menikuskan diri. Maisng-masing melihat sikap ayah yang angin sejak balik dari pusat bahasa. Di tangan si ayah ada sehelai kertas. "Dia ingat aku budak-budak!" kata ayah apabila melihat wajah anak sulung yang masih keliru. Ayah duduk. Meletakkan kerta yang dipegangnya tadi ke atas meja. Ayah memang hendak mempelajari bahasa Inggeris. Ini semua kerana tuntutan kerja. Sejak beberapa minggu lalu dia berurusan dengan jurutera-jurutera dari luar negara. Meskipun ayah hanya kontraktor biasa, dia turut dipanggil sama apabila mesyuarat diadakan. Si anak menghampiri meja di sisi kerusi ayahnya. Perlahan-lahan dia menarik kertas yang dibawa pulang oleh ayah tadi. Ayah melihat semula kerta yang diambil anaknya, "Nama sahaja pusat bahasa terbaik di Kota Bharu. Kalau hendak mengajar sekalipun, lihatlah siapa anak-anak muridnya." Di kertas itu tertulislah latihan pertama yang diberi oleh guru di pusat...

Jalan-jalan sang jurufoto amatur (2)

Jalan-jalan sang jurufoto amatur

Jalan-jalan di Kuala Lumpur selepas beberapa bulan berkampung di kampus membuat aku kekok di bandaraya. Cadangnya hendak membuat tinjauan harga untuk mencetak kemeja T di Kompleks Pertama. Alih-alih aku gatal-gatal tangan mengambil gambar disekitar Kuala Lumpur.

Kisah orang Jepun di Melaka

Aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Melaka. Ketika berhenti di stesyen minyak PETRONAS, gelagat sekumpulan pelacong Jepun menarik perhatianku. Masing-masing keluar dari tandas dan menuju ke rak yang menempatkan pelbagai jenis barang. Mereka melihat dengan teliti. Satu persatu diperhatikan mereka. Kemudian mereka menuju ke van yang terletak di sebelah warung milik orang Melayu. Hari itu warung tersebut tutup. Kemudian kumpulan pelancong Jepun ini ke warung tersebut. Mereka memerhatikan ruang kedai tersebut. Dari lantai sehinggalah ke bumbung. Memang mereka sangat teliti dengan apa yang kita tunjukan di bumi Malaysia.