Langkau ke kandungan utama

Editor Sambilan dicari

Assalamu'alaikum wbth.

PTS Islamika yang merupakan imprint PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS) bagi menerbitkan khazanah ilmu-ilmu Islam dan bentuk moden, kini membuka peluang kepada calon-calon berkelayakan memohon menjadi editor bebas (sambilan).

Skop Tugas:
1. Menyunting manuskrip (bahasa & kandungan)
2. Mengatur huruf teks
3. Tugas-tugas lain yang berkaitan

Calon-calon yang berminat perlulah mempunyai kreteria seperti berikut:
1. Ijazah/diploma dalam bidang pengajian Islam dari IPT tempatan atau luar negara.
2. Lulus SPM Bahasa Melayu.
3. Mempunyai komputer peribadi *
4. Mahir menggunakan perisian asas komputer
5. Minat membaca dan membuat kajian
* (mempunyai komputer riba adalah satu kelebihan)

Latihan
Calon-calon yang diterima perlu menjalani siri latihan yang diadakan pada hujung minggu atau pada

Cara Memohon
Sila muat turun lampiran borang maklumat peribadi biodata yang disediakan dan email kepada fatimah@pts. com.my. Nyatakan juga sama ada calon menggunakan komputer riba atau desktop. Sila hubungi cik fatimah (03-41427416) untuk maklumat lanjut.

Tarikh tutup permohonan
22 September 2006

Best Wishes & Warmest Regards…

FARIS BIN HASBULLAH
Mobile : +6019-286-2600
Email : faris@pts.com. my

(Editorial Office)
PTS Islamika
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur. Malaysia
Office : +603.4142.7416/ 3 Fax : +603.4142.7415

(Head Office)
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No 3, Jalan Industri Batu Caves 1/6,
68100 Batu Caves, Selangor. Malaysia
Office : +603.6188.0316 Fax : +603.6189.0316 Url : www.pts.com. my

Kumpulan Syarikat PTS:-
PTS Consultants Sdn Bhd
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
PTS One Sdn Bhd
PTS Millenia Sdn Bhd
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
PTS Paperback Sdn. Bhd.
PTS Islamika (imprint)
PTS Fortuna (imprint)
PTS Litera Utama Sdn Bhd

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Di mana sy boleh dptkan borang?
Zamri Mohamad berkata…
Sdr/sdri anonymous semuanya sudah diterangkan dalam entri.

Terima Kasih :)
Najah Farahin berkata…
link
http://www.pts.com.my/modules.php?name=Announcement&op=ViewAnnouncement&nid=167

tidak dapat d buka.....

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Atiqah Rahman benar-benar mahu melihat penulis dalam diri saudara

Assalamualaikum wbt Kepada yang membaca maklumat ini, saya mendoakan semua dalam keadaan gembira, dihujani kejutan kebaikan dari segenap sudut dan ceria di tempat bertugas dan bersama keluarga. Amin ya Allah. Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan Allah Izinkan saya memperkenalkan diri, saya Atiqah Rahman dari  kursuspenulisan.com . Mulai 15 Mei 2013 saya akan menguruskan keperluan bakal peserta bengkel penulisan pada sesi akan datang. Tugas saya adalah memastikan saya membantu Tuan dan Cik Puan ke arah sukses dalam dunia penulisan. Maklumat demi maklumat akan diberikan dari masa ke semasa. a Pada hari ini saya akan memberikan beberapa maklumat berdasarkan respon yang diberikan melalui emel. (1)  "Bilakah kursus yang akan datang? Lama kami menunggu dan tidak sabar mahu hadir." Setiap kursus mempunyai tarikh yang berbeza. Disebabkan kursuspenulisan.com mengendalikan kursus hujung minggu sahaja. Maka tarikh yang diberikan kami adalah tarikh yang sangat penting...

[Penulisan] Seni berkahwin dengan perkataan.

Sembang malam untuk difikir-fikirkan sebelum tidur setiap hari. Kompilasi soalan yang bertanya, "Bolehkah hidup dengan menulis?" Dahulu saya sukar berkata ya sebelum mendapat royalti pertama. "Tuan, izinkan saya memberitahu lapan perkara (1) Saya hidup di universiti tiga tahun akhir tanpa pinjaman pendidikan. Mengulang kertas, lama berada di sana. (2) Hidup bergaji selama dua tahun sebanyak RM700  di mana para graduan hari ini akan menolak jawatan bergaji begitu. (3) Membayar setiap sen hutang pinjaman pendidikan sebelum berkahwin. (4) Terbang menemui bakal isteri di Perth untuk mendengar beliau berkata ya sahaja selepas ibu bapanya berkata ya. (5) Membeli cincin bertunang ketika harga emas naik. (6) Berkahwin tanpa pinjaman peribadi. (7) Menyewa rumah di dua lokasi berbeza. (8) Berbelanja dapur untuk almarhum bonda. Ia ditampung dengan royalti sebagai tiang pendapatan utama kemudian disusuli yang lain-lain. Meski pun begitu, kita menulis sebagai pelan ...