Isnin, Julai 03, 2006

Hendak membina cinta, belajarlah dari orang lama.

Petikan manuskrip buku terbaru penulis, 8.00 malam

Tip cinta 72

Ada kalanya, keberanian dari dalam milik seorang perempuan amat diperlukan apabila suara hati sudah berbunyi gelombang cinta.

Membina percintaan dengan lelaki memerlukan petunjuk. Orang lama dalam percintaan dengan perkahwinan sebagai pengikat menjadi salah satu petunjuk yang sangat berguna. Pasangan suami isteri, Ahmad Ismail dan Shabina Sharbany telah menjangkau umur sekitar enam puluh tahun, semakin tua semakin lama mereka bercinta dan perkongsian hidup selama tiga puluh tiga tahun menjadi bukti keutuhan itu. Resepi percintaan mereka sejak tahun 1972 merupakan resipi seorang perempuan dan lelaki yang akan menambah aroma dan kelazatan hidangan yang bernama perhubungan.

Apabila perempuan memulakan langkah

Puan Shabina adalah orang pertama yang cuba memikat hati encik Ahmad ketika awal perkenalan mereka. Ia bermula dari cabaran rakan-rakan puan Shabina untuk menarik perhatian encik Ahmad. Perkenalan mereka bermula ketika bertugas di Lembaga Padi Negara, Alo Setar. Encik Ahmad yang kelihatan sombong berjaya dilunakan hatinya dengan sifat dan pendekatan puan Shabina. Ada kalanya, keberanian dari dalam milik seorang perempuan amat diperlukan apabila suara hati sudah berbunyi gelombang cinta. Puan Shabina mungkin tidak akan mengenali sifat sebenar encik Ahmad sekiranya dia tidak memulakan langkah.

Cinta sebelum berkahwin jangan terlalu dipanjang-panjangkan.

Percintaan antara puan Shabina dan encik Ahmad hanya beberapa bulan sahaja sebelum mereka mengambil keputusan untuk berumahtangga pada 28 Disember 1972. Percintaan mereka disambung dan terus membara dalam alam perkahwinan yang mendamaikan.

Cinta harus membawa rasa tenang dan ada persefahaman.

Encik Ahmad mengatakan percintaan dan perkahwinan mereka berdiri dengan dua formula, ketenangan jiwa dan persefahaman. Dalam beberapa keadaan yang melibatkan konflik, salah seorang dari mereka akan bertenang dan sama-sama mencari penyelesaian. Encik Ahmad lebih banyak mendengar dan isterinya pula yang lebih suka bersuara.

Sentiasa bersama walau di mana.

Percintaan banyak melibatkan aktiviti bersama. Encik Ahmad lebih cenderung membawa isterinya berjalan-jalan. Selepas persaraan, aktivii itu makin kerap. Antara kegemaran encik Ahmad ialah membawa isteri mencuba makanan di restoran yang baru beroperasi.

Ingat mengingat dalam bercinta.

Peranan encik Ahmad sebagai pengingat kepada isterinya merupakan salah satu resipi cinta yang berguna agar apa sahaja yang berlaku tidak harus terburu-buru dalam membuat tindakan dan keputusan. Encik Ahmad selalu mengingati isterinya agar berdoa dan bertenang serta mengingati pertolongan tuhan.

Sentiasa rasa dia perlu di sisi.

Puan Shabina akan merasa kosong apabila suaminya tiada di rumah. Beliau selalu gembira dengan perananya sebagai isteri yang sering bercerita dan menghiburkan hati suami. Bagi beliau tugas itu amat besar maknanya dan memberi kelegaan emosi yang mendalam. Menimbulkan rasa dia perlu di sisi adalah salah satu perasaan yang akan membuat diri puan Shabina memberi yang terbaik dalam hubungan cinta mereka.

Kekuatan cinta datang dari rasa syukur dan redha.

Menurut puan Shabina, pilihan pasangan hidup yang dibuat oleh mana-mana individu harus disertakan dengan rasa syukur dan redha. Kedua-duanya memberi satu lagi perasaan yakin bahawa pasangan itu adalah yangterbaik dan menjadi pilihan yang tepat untuk mengharungi perjalanan baru kehidupan bersama. Tanpa syukur dan redha, pasangan bercinta akan saling banding membanding serta boleh terjerumus kepada sikap menyalahkan nasib jika berlaku masalah.

Orang bercinta kurangkan berhutang.

Encik Ahmad sentiasa memastikan perbekanjaan rumah dicatat agar urusan hidup berpasangan mudah diatur dan dirancang. Tambah beliau lagi, pengunaan kad kredit dan cek harus dikurangkan dan dielakan jika perlu. Beliau menggalakan pasangan membiasakan diri membeli dengan tunai. Makan sepinggan seorang tidak sama dengan makan berdua. Merancang dengan betul.

Bijak dalam permainan cinta.

Encik Ahmad bukanlah lelaki yang ahu memujuk dan banyak lelaki yang bersikap begitu. Tetapi kebijaksanaan beliau bermain cinta banyak meredakan perasaan isteri dalam marah. Pujukan diganti dengan gurauan-gurauan ringan yang terpamer dengan tingkah laku mampu membuat puan Shabina tersenyum.

Guna pakai ilmu yang diperturunkan

Sebagaimana dikatakan oleh puan Shabina, sudah menjadi lumrah orang bercinta, untuk mendirikan rumah tangga ibu bapa akan menjadi penasihat yang dipercayai. Apa sahaja ilmu mereka turunkan mesti dipraktikan dengan pendekatan masing-masing agar kebahagian dalam bercinta sebagai suami isteri dapat dikekalkan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates