Ahad, Jun 04, 2006

Konsert Seribu Wajah Satu Aqidah

Menyatukan hati manusia tidak semudah menyatukan jasad mereka. Berdasarkan hakikat ini, satu resolusi penyatuan ummah harus bermula di peringkat global melalui pegangan akidah yang jelas. Selari dengan perkembangan ini, satu majlis pratonton konsep konsert 'Seribu Wajah Satu Aqidah' di hadapan wakil-wakil serta badan bukan kerajaan (NGO) anjuran Persatuan Penggiat Industri Nasyid (PIN) dan Nasyeed.com.

Dalam persembahan pratonton, para jemputan disajikan dengan beberapa persembahan dari Alwi Al Hadad, Dendang Anak, Pak Dini melalui deklamasi puisinya, Cheb Ali dan Steve Thornton dengan diiringi kumpulan El Massar. Kesemua ini memberi gambaran apa yang akan dipersembahkan kepada penonton pada konsert yang bakal berlangsung bulan Ogos ini.

Konsert yang diarahkan oleh Ahmad Zuwairi Che Ramly diadaptasi dari surah Al Kahfi mempamerkan penceritaan penyatuan manusia dengan satu kepercayaan dan pegangan. Elemen-elemen tradisional dan kontemporari akan turut dipersembahkan melalui jalinan dan gabungan susunan muzik yang selari dengan penerimaan masyarakat pada pelbagai peringkat.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 12 Ogos 2006 ini akan mempersembahkan kumpulan artis-artis nasyid terkenal seperti Mirwana, Nowseeheart, Saujana, Brothers, Firdaus, Raihan, In Team, Rabbani dan Hijjaz yang akan diketuai oleh Farihan Abd Fatah, tokoh berpengalaman dalam industri nasyid Malaysia.

Penyanyi dan guru vokal, Hazami bertindak sebagai pengarah vokal bagi nyanyian secara acapella dan koir oleh wakil-wakil kumpulan nasyid tanah air. Pada masa sama, persembahan multimedia yang disediakan oleh Media House Nasyeed.com turut mewarnai persembahan konsert ini.

Mereka yang berminat mendapatkan tiket boleh menghubungi talian 03 5512 1352, faksmili 03 5513 1351 atau melalui laman web http://ffof.nasyeed.com

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates