Ahad, Jun 11, 2006

International Islamic Fair 2006

Sabtu lalu berkesempatan ke International Islamic Fair 2006 anjuran Saba Islamic Media di PWTC. Selama empat jam melihat dari kedai ke kedai terdapat pelbagai jenis perkhidmatan dari berbentuk makanan, produk, bahan tani, media sehinggalah kepada pendidikan. Kesemuanya digerakan oleh usahawan-usahawan Muslim dari pelbagai negara. Tidak banyak yang boleh aku ceritakan, setakat gambar sahajalah yang dapat menggambarkan suasananya.
Channel 9 dengan jenama popularnya, rancangan Akademi Al Quran dan Halaqah menyambut pengunjung di pintu masuk. Kelihatan Farah Adiba dan Nazrey Raihan bersama-sama finalis Akademi Al Quran di tapak pameran mereka dengan aktiviti tersendiri. Ketika gambar ini diambil, aku berada agak jauh kerana berhadapan dengan gelombang muslimah bertudung labuh yang berada menjarakan kedudukanku. Persis AF pula.

Islam Channel adalah sebuah saluran Islam yang beroperasi di United Kingdom, London. Malumat menarik berkenaan saluran ini boleh didapati melalui http://www.islamchannel.tv/ Tetapi sayang sekali, agak sedikit pameran saluran-saluran Islam luar negara yang dipamerkan di sini. Sebagai pengunjung tempatan aku sangat mengharapkan mereka datang dan membawa pendekatan penyiaran mereka ke pameran ini agar kami boleh mempelajari lebih banyak lagi pengalaman-pengalaman mereka. Di gerai pameran Islam Channel, turut dijual DVD berharga RM 50 yang merupakan rakaman konsert dan ceramah anjuran mereka. Kualitinya sangat bagus, cuma poketku tidak mengizinkan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates