Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2006

Memahami Bahasa Cinta (1)

Kulit Buku Hadapan. “Sambil berpandangan satu sama lain, bukan itu sekadar namanya cinta. Ia adalah melihat kepada satu arah yang sama.” Antoine de Saint Apakah itu cinta? Dari mana ia bermula dan bagaimana ia berkembang? Apakah jenis cinta yang aku miliki saat ini? Tanyalah beberapa soalan berkenaan cinta dan tanyakan kembali kepada diri anda soalan terakhir berkaitannya, adakah aku telah memahami cinta? Buku 'Memahami Bahasa Cinta Lelaki' sebagai satu fenomena dalam dunia pembaca melalui penulisan yang mudah dan diyakini dapat mencapai maksud dan tujuannya. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 06 kembali menemui rakyat Malaysia dari 24 March - 2 April 2006 di Dewan Tun Razak PWTC (seberang sungai/bangunan induk). Temui PTS di gerai no 2078-2083, Dewan 2

Drama Muzikal Pendek Eksperimental

Sekadar contoh gimik yang aku buat. Tidak ada nilai akademik mahupun ilmiah. Cuma bermain dengan gambar, dialog, suasana dan lagu. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menjadi pemanis Drama Muzikal Pendek Eksperimental ini. Walau apa pun, ia tidak sesuai dibandingkan dengan mana-mana video muzik yang dihasilkan oleh mana-mana pelajar dalam bidang berkaitan. Video terbahagi kepada dua. Mainkan yang pertama dahulu! Selamat menonton dengan semangkuk mi segera!

Annual Vision Award :: Kegilaan di Sebalik Tabir

Jika mahu menonton, jangan ditekan butang 'play' ( berada di tengah gambar) semua sekali. Pilih salah satu. Tonton sampai habis baru bergerak ke video seterusnya. Bersama-sama Kolej Kediaman Kedua UPM yang datang sebagai tetamu istimewa dan 'guru' kami dalam pengurusan kolej dan residen. Sesi mengambil gambar dan makan (tidak makan sejak pagi sehinggalah jam 12.30 malam) Ucapan terakhir Prof Dr Mohd kamal Hassan yang sangat penting untuk dihayati oleh warga UIAM ke arah prinsip TRIPLE ICE atau IIICE (Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellence). Sesuai jika pengunjung MotivasiMinda menggunakan 'headphone' kerana ia bergema. Piala yang diarak dari belakang hingga ke tengah dewan selepas ucapan Prof Dr Mohd Kamal Hassan. Maklumat berbentuk multimedia tentang Trofi yang direka sendiri oleh pelajar berusia 21 tahun.

Annual Vision Award :: Rakaman Video

Sekretariat Terbaik 2006 Mahallah Ali Ibn Abi Talib Persembahan istimewa untuk Che Rus B Pin & Rektor, Pro Dr Mohd Kamal Hassan Persembahan nyanyian dalam Bahasa Melayu & Inggeris Lagu ciptaan sendiri, Anugerah dan deklemasi sajak 3 bahasa Kehadiran disambut dengan alunan selawat yang indah Penutup dengan selawat alunan yang berbeza dan lagu UIAM

Buli Balik dalam hidup aku kembali!

Aku hendak Buli diri sendiri!

Tahun Akhir di UIAM

Jabatan Komunikasi UIAM tahun ini akan mengeluarkan 140 pelajar dalam pelbagai pengkhususan. Seramai lebih seratus pelajar dalam jabatan di bawah pimpinan Dr Che Mahzan, hanya ada enam pelajar lelaki sahaja yang muncul pada petang itu. Mungkin hanya ada enam pelajar lelaki sahaja?

Pocong Penghibur II

Gambar-gambar video ketika persembahan Mahallah Ali di Mahallah Safiyyah sempena Hari Keluarga Mahallah Safiyyah

Penulis kecil-kecilan

Aku tertarik dengan catatan blog kisah kak Zalisa semalam. Ada penulis yang tidak baik latar belakangnya, menulis perkara yang baik. Moga-moga tulisan itu sendiri yang akan mengingatkannya untuk menjadi baik. Itu kesimpulanku. Catatan ini mengingatkan aku permulaan menulis beberapa tahun lalu ketika di sekolah menengah. Pertama kali aku menulis dan tersiar ketika berada di tingkatan 5KMA, Sekolah Tinggi Melaka. Ketika itu, aku menulis kerana tercabar dengan sahabat penaku, Siti Nur Aisyah Idris yang mula-mula sekali muncul dengan rencana penulisannya sendiri. Ketika itu amalan mengutus surat sesama rakan pena di bangku sekolah amat rancak. Kebiasaannya, selain dari surat menyurat bertanya khabar, perkara paling penting ialah bungkusan pos sebesar saiz A4 yang mengandungi set soalan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing. Itulah corak pembelajaran pada zaman aku sehinggalah ke tingkatan 6 yang banyak dilakukan oleh rakan-rakanku berbangsa Cina. Kembali kepada cerita rakan penaku, S...

Angkat sendiri!

Pertandingan debat antara mahallah (kolej kediaman) yang pertama dianjurkan oleh mahallah Ali sememangnya memenatkan. Aku ditugaskan untuk menghasilkan kain pemidang dan poster. Syukur, ada juga sahabat yang kreatif dan kuat bekerja untuk menghasilkannya selepas diberi gambaran kasar dariku. Meskipun ia berlangsung selama dua hari, tetapi persediaannya cukup memenatkan. Namun begitu, masing-masing berpuas hati dengan pengalaman baru ini. Aku tidak dapat hadir sepenuhnya sepanjang dua hari tersebut kerana kursus penulisan yang berjalan dari pagi sehinggalah jam 5 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Melainkan pada hujung minggu itu, aku mengorbankan masa untuk bersama mereka. Faizal yang bertanggungjawab menguruskan bahagian makanan kali ini ditemani oleh jawatankuasa yang lain. Lucu pula apabila melihat dia seorang diri semalam. Presiden kolej menjaga makanan dan air bungkus. Bak kata orang, kepimpinan melalui teladan. Sedang kami mengemas kembali bekas-bekas makanan dan minuman peserta di...

Mohd Nazri tebus kegagalan SPM

Mohd Nazri tebus kegagalan SPM Oleh Srihanasham Noordin Berita Harian JOHOR BAHRU: Mohd Nazri Hanapi, pelajar Melayu tunggal di negeri ini memperoleh 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2005, menganggap kejayaan sebagai menebus kegagalannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dua tahun lalu. Kejayaan memperoleh Prinsipal A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Sejarah dan Ekonomi itu juga membolehkannya muncul sebagai pelajar pertama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, di sini mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran diambil. "Saya pernah dapat keputusan teruk ketika SPM iaitu 3A, 4B dan 2C. Jadi, untuk STPM, saya bermula dari awal tahun ketika tingkatan enam rendah supaya tidak ketinggalan lagi," katanya ketika ditemui di sekolahnya, di sini, semalam. Anak kepada buruh Southern Waste Management (SWM), Hanapi Abdullah, 54, dan suri rumah, Salmah Kamat, 57, itu berkata, dia memperuntukkan waktu antara satu hingga dua jam seh...

Keluarga Ansar Channel

Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam

Dalam Negeri Utusan Malaysia Hubungan di luar perkahwinan punca lazim perceraian bukan Islam PETALING JAYA 12 Mac - Hubungan di luar perkahwinan merupakan punca lazim bagi perceraian di kalangan pasangan bukan Islam yang kini semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen. Bagaimanapun, beliau berkata berbanding dengan pasangan Islam yang mencatatkan lebih 69,000 kes antara 1999 dan 2004, kadar perceraian di kalangan pasangan bukan Islam lebih rendah iaitu 13,000 kes dalam tempoh yang sama. ``Namun, ia cukup untuk membangkitkan kebimbangan dan kita perlu menanganinya sebelum ia terkeluar daripada kawalan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bring Your Heart Home di sini hari ini. Ng berkata, masalah berkaitan kewangan di samping gaya hidup masa kini turut menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian. ``Kesemua ini perlu ditangani memandangkan masa sudah berubah dan penyelesaiannya memerlukan pendekatan yan...

Siri TV terbaru, Wasilah

apalah kesalahanku sampaikan wartawan jelita ini memandang begitu. Wasilah. Rancangan terbaru terbitan PPZ MAIWP disiarkan ANSAR

Peristiwa : Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari

Wasilah, hiburan berinformasi Islam gaya kontemporari Berita dan gambar oleh Zamri Mohamad Santai dan bermaklumat. Itulah gambaran yang bertepatan untuk 13 siri musim pertama program televisyen terbaru yang bakal disiarkan di Ansar Channel, stesyen penyiaran Islam pertama di Malaysia bermula Jun ini. Siri perbincangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Ansar Channel telah membuah kesepakatan dalam penerbitan berunsur Islam, Wasilah yang bertepatan dengan keperluan penonton negara ini. Wasilah yang diterbitkan oleh PPZ MAIWP, membawa maksud penghubung akan bersiaran setiap minggu dengan durasi siaran 30 minit melibatkan empat segmen setiap siri. Segmen Lensa, menayangkan klip video nasyid terpilih yang bersesuaian dengan tema siri pada minggu tersebut. Manakala segmen Nur Kalam membincangkan tentang tema yang diutarakan pada setiap minggu dengan gaya santai dan pengisian ringan. Personaliti merupakan segmen ketiga yang mengetengahkan t...

Annual Vision Award, satu kenangan

Sekutu. Perwakilan Kolej Kediaman Kedua UPM Prof Kamal diapit beramai-ramai sehingga beliau tidak dapat keluar Sekretariat Terbaik 2006, Penerbitan dan ICT. Terima Kasih Ali! Persembahan sajak 3 bahasa diiringi gitar Petikan gitar dan lagu Anugerah, ciptaan mereka

Malam Vision Award 3

Ahli keluarga mahallah Ali bersama Rektor sebelum beliau bersara. Aku di belakangnya Kepenatan selepas program. Boleh tersenyum sahaja Hadiah istimewa dari mahallah Ali & Ameenah Kejutan buat Che Rus Bin Pin, pengurus hostel yang akan bersara bulan hadapan

Finalis Vision Award 06

Poster yang menyebabkan aku ke kelas menggunakan jalan jauh selama seminggu di kampus

Rekacipta trofi Vision Award

Malam yang akan dikenang

Annual Vision Award. Itulah nama yang menggantikan nama lamanya, Annual Appreciation Night. Kolej kediaman Ali dan Ameenah bergabung untuk menjayakan malam ini. Ketika itu, kami agak tergesa-gesa kerana asalnya hendak bekerjasama dengan sebuah kolej kediaman lain. Tetapi disebabkan mahallah tersebut hendak mengadakan persembahan yang semestinya lelaki tidak dibenarkan menonton, maka kami bekerjasama dengan kolej kediaman lain. Teringat wajah sugul tuan presiden dan naibnya pada awal bulan lalu apabila pelawaan ditolak. Bagi menghasilkan program seperti ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Melalui kerjasama dengan kolej kediaman lain, setidak-tidaknya 50% perbelanjaan dapat dikongsi. Untuk malam Annual Vision Award ini, trofi yang diberikan kepada pemenang dihasilkan sendiri oleh pelajar berusia 21 tahun. Aku meminta saudara Engku Ekram Engku Abbas untuk menghasilkannya berdasarkan visi dan misi UIAM yang dipayungi semangat IIC(Integration, Islamization dan Comprehensive Excellence)....

Karangkraf ii

Kuiz Sciences of Quran dalam masa dua puluh lima minit. Hanya lima minit untuk berada di hadapan tangga besar UIAM untuk lawatan ke Karangkraf. Sebagai salah sebuah kumpulan penerbitan berusia melebihi 20 tahun dalam penghasilan majalah dan buku, semestinya lawatan pendek ini memberi sedikit idea dan ilmu untuk dipraktikan. Ruang kerja wartawan dan editor dikelompokan dan dipanggil 'island'. Setiap island terdiri daripada editor dan wartawan dari pelbagai majalah. Jika dilihat kepada kelebihan mewujudkan island, ia membantu setiap wartawan dan editor untuk mendapatkan idea-idea luar pemikiran mereka dan skop majalah mereka. Wujud pertukaran bahan antara satu sama lain untuk dimuatkan dalam keluaran majalah mereka akan datang. Kami bergerak ke bahagian kreatif yang bertanggungjawab dalam penghasil layout dan grafik majalah. Mengikut maklumat, mereka menggunakan perisian Adobe In-Design bagi tugas-tugas berkaitan. Bagi gambar-gambar luar negara seperti koleksi gambar pemain bola ...

Karangkraf :: Bahagian 1

Studio gambar. Ada masanya jurufoto memainkan lagu ketika mengambil gambar-gamabr bagi menghasilkan mood Siapalah yang mencedukan bihun goreng ke dalam pinggan aku. Berbukit-bukit. Inilah yang aku nanti-nanti. Abang Loy menunjukan contoh susunan halaman majalah mengikut bahagian. Berguna untuk newsletter kolej aku Abang Loy bertanggungjawab untuk layout dan grafik majalah sukan Bergerak ke bahagian komik. Di luar Karangkraf Editor majalah Libur Island Layout dan grafik Ibtihal (kiri) pelajar Arab yang peramah Peminat majalah sukan yang malang. Lawatan dalam bahasa Melayu 100%