Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2005

Diskusi : Tip Menghalang Remaja Kepada Gejala Negatif

Diskusi : Tip Menghalang Remaja Kepada Gejala Negatif Diskusi slot ketiga ini melibatkan dua orang ahli panel iaitu D.S.P Habibah Abd Manaf dari ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya dan Puan Khadija Abdullah dari jabatan Kebajikan Masyarakat. Keseluruhan diskusi ini membincangkan sebab-sebab masalah sosial yang diertikan sebagai pelbagai kelakuan negatif yang tidak mendapat sokongan moral masyarakat keseluruhan. Antara sebab-sebabnya meliputi: · Kekurangan nilai dan pengamalan agama. · Cenderung ke tempat-tempat yang lebih menyeronokan berbanding sekolah. · Kurangnya kekuatan sistem sekolah dan masyarakat dari sudut kerjasama dan pemantauan bersama. · Tekanan-tekanan yang disengajakan dalam proses pendidikan kanak-kanak dan dewasa. · Mudah terlibat dengan pergaulan sosial tanpa batas. · Faktor individu melibatkan sikap ahli keluarga dan suasana dalamnya, memberi penekanan terhadap disiplin secara kasar tanpa memberi perhatian, kongkongan lebih-lebih lagi dilakukan oleh ahli keluarga ...

Mengenalpasti dan Mengendalikan Perubahan Dalam Remaja.

Mengenalpasti dan Mengendalikan Perubahan Dalam Remaja. Sesi kedua dikendalikan oleh Dr Toh Chin Lee, pakar perunding kanak psikitari kanak-kanak dan remaja, Hospitla Kuala Lumpur (HKL). Ia mempunyai persamaan dengan slot awalnya apabila menyentuh tentang jenis perubahan yang bakal dilalui oleh seorang remaja yang melibatkan tiga perkara iaitu, perubahan fizikal, perubahan mental dan emosi serta perubahan sosial. Menurut Dr Toh, berdasarkan kajian selama sepuluh tahun sehingga tahun 1990 terhadap 5, 938 remaja dari sembilan buah negara, didapati 80 peratus tidakmempunyai masalah dan berkeadaan baik dibandingkan 20 peratus selebihnya. Berdasarkan keputusan kajian ini, disimpulkan bahawa kelompok majoriti tidak bermasalah ini berkongsi faktor yang serupa, kemampuan mencapai tahap autonomi atau kuasa dalam tangan yang memuaskan dan hubungan positif terhadap ibu bapa. Masalah remaja yang kerap timbul dalam masyarakat hari ini berkait rapat dengan masalah-masalah seperti delinkuent (tingk...

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja.

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja. Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja merupakan slot pertama yang dikendalikan oleh puan Salmi Jalina Jalil, kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPK). Dalam slot ini peserta seminar didedahkan dengan maklumat-maklumat asas berkenaan remaja yang perlu diketahui seawalnya sebelum terus kepada pendekatan-pendekatan penting untuk berkomunikasi dengan golongan ini. Definisi berkenaan siapakah itu remaja menjadi permulaan pembentangan apabila ia dimaksudkan sebagai satu frasa transisi dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Menurutnya, peringkat perkembangan remaja melalui tiga fasa berbeza iaitu peringkat awal remaja antara 10 hingga 13 tahun. Kemudian ia diikuti peringkat pertengan remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 7 tahun dan peringkat akhir remaja bermula dari 17 hingga 21 tahun. Perkembangan remaja mengikut peringkat-peringkat ini mempunyai perbezaan dari sudut tindakan dalam kitar hidup mereka. Pada peringkat awal remaja...

Sebalik tembok dan warna

Kenapa banyak sangat gambar dalam blog ini? Ada yang bertanya soalan sedemikian kepadaku ketika melayari laman blog ini. Aku tersenyum dan sudah menjangka soalan ini pasti akan diajukan kepadaku. Seawalnya aku harus ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembacaku yang selama ini aku anggap sebagai guru kehidupan. Bercerita tentang gambar-gambar, sudah lama aku melibatkan diri dalan dunia 'warna atas kertas' ini. Aku tidak nafikan ayahku, Mohamad Haji Omar adalah pengaruh paling besar dalam hidupku untuk menjadikan ia sebagai tabiat apabila aku berada di luar. Kini, kita mempunyai kamera digital, lebih mudah untuk mengambil dan menyimpannya. Insya Allah, cukup masa akan aku cetaknya dan kumpulkan dalam album. Masih banyak gambar-gambar yang masih belum ke susun dengan elok di kampung, kesemuanya masih berada dalam kotak kasut yang aku khususkan untuk itu. Bapaku seorang yang tegas dan kurang berbicara dengan anak-anak. Kami sedikit gerun dengannya apabila bercadang untuk meminta...

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [07]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [06]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [05]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [04]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [03]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [02]

Lawatan Ke Loji Percetakan Sri Utusan [01]

Seminar Kaunseling Kekeluargaan [04]

Seminar Kaunseling Kekeluargaan [03]

Seminar Kaunseling Kekeluargaan [02]

Seminar Kaunseling Kekeluargaan [01]