Khamis, Oktober 28, 2010

Program sepanjang November 2010

Program sepanjang November 2010
  • Kursus Peningkatan Kemahiran Komunikasi & Sosial di Pejabat untuk para pegawai KWSP
  • Penyediaan Modul Pemantapan Tataberbahasa untuk organisasi
  • Seminar Jualan Online dan Offline Akademi Usahawan Jaya
  • Penyediaan Modul Penulisan Buletin Organisasi untuk UTHM
  • Bengkel seni memilih, mengekal dan menjaga pekerja pertama anda.
Bagi jemputan mengendalikan bengkel penulisan buletin yang berpengaruh untuk pelanggan dan edaran dalaman untuk organisasi, hubungi latihan@akademipenulis.com

Isnin, Oktober 11, 2010

Tip Penulisan Cerita Epik Kembara


Dari bengkel menulis fiksyen kembara.

Ciri pentempuran. Kemenangan ilmu dan takwa yang memenangi hati dan menewaskan musuh. Bukan kemusnahan ala dewa-dewa.

Ciri pembelot. Ada pembelot yang memusuhi dan pembelot yang membantu.

Ciri pertentangan. Aliran kefahaman makan budi dan kebenaran dalam perjuangan.

Ciri kekecewaan. Nabi Musa terus menerus memimpin. [

Ciri heroism. Nabi Musa dipertikai, tidak dihormati oleh bangsa yang cuba diselamatkan.

Ciri kembara. Nabi Musa kembara beramai-ramai.

Ciri komunikasi. Nabi Yusuf, melalui mimpi. Nabi Musa, secara langsung dengan Tuhan.

Ciri kekeluargaan. Nabi Yusuf dan adiknya Bunyamin. Nabi Musa, saudaranya Harun.

Ciri Isu. Kisah Yusuf peribadi. Kisah Musa, masyarakat.

Ciri pemimpin. Kisah Yusuf; adil, nabi berkhidmat. Kisah Musa; zalim, lawan struktur.

Ciri pengikut. Kisah Yusuf; lupa, taat, mengingatkan. Kisah Musa; melampau, alasan, menentang.

Ciri permintaan. Pengikut minta benda luar kebiasaan yang menguji nabi Musa.

Ciri cerita. Beberapa siri lari, dikejar, kemenangan yang mahu dibalas dendam oleh musuh. Lokasi melarikan diri dan pertemuan yang jauh.

Ciri respons. Nabi Musa 'sabar', 'lari' dan 'bertindak balas'. Nabi Yusuf, 'sabar' dan 'terima'

Ciri mimpi. Firaun bermimpi (watak jahat). Berbeza dengan surah Yusuf. Nabi bermimpi (baik).

Ciri superpower. Nabi Musa mempunyai pelbagai. Nabi Yusuf, satu iaitu mimpi.

Ciri watak. Nabi Musa dibawa ke istana (bayi) nabi Yusuf (kanak-kanak). Beza, kesabaran mereka.

Ciri kelemahan hero. Nabi Musa tidak sengaja membunuh seorang yang zalim. Pernah berpatah balik dalam kembara Khidr.

Ciri kemenangan. Datang daripada keikhlasan kerana Allah. Kemenangan luar biasa daripada Tuhan. Bukan unsur manusia.

Ciri pembantu. Nabi Musa dibantu oleh saudaranya Harun. Ketika kembara bertemu Khidr pun ada pembantu peringkat awal.

Ciri kegagalan. Nabi Musa juga hadapi kegagalan. Dari Ciri pengikut yang tidak konsisten. Kemenangan daripada Allah.

Ciri senjata. Ada dua mukjizat. Cahaya di tangan dan tongkat (sesuatu yang dibawa)

Ciri cinta. Nabi Musa membantu gadis mengangkat air, diperkenal pada keluarga dan 'berkahwin'.

Ciri guru. Nabi Musa belajar daripada Khidr.

Ciri musuh. Nabi Musa berhadapan dua musuh. Firaun dan pengikutnya sendiri.

12 tips penulisan untuk penulis bebas



12 tips penulisan untuk penulis bebas oleh tim penulisan berita rencana. Klik di sini
  • Berkarya bersungguh-sungguh. Ia mungkin karya terakhir yang menjadi suara akhir kita.
  • Yang menunjukkan dirinya seorang penulis hanya apabila dia mula berkarya. Lebih 'cedera' rasa tidak menulis berbanding kerjanya sedia ada.
  • Filem 'Mann'. Kurangnya maklumat mendorong persepsi yang salah.
  • Analisa persepsi. Kumpulan pertama yang tidak dipercayai & hilang kredibiliti masyarakat ialah pembaca berita yang 'mengulas berita'.

  • Saya di Popular Melaka. Mendengar kepayahan kanak-kanak menyebut perkataan nama watak hingga perlu dibantu ibu. Kesukaran membantut minat.
  • Saya di Popular Melaka. Kanak-kanak itu lelaki melihat satu persatu judul di rak dan berhenti pada perkataan, eksperimen, planet.
  • Tidak ada idea 'bodoh'. Hanya ada idea yang 'gila' dan 'wao' sahaja.
  • Kulit buku international bestseller, majoriti memilih wajah penulis berumur 40 tahun ke atas. Ciri wajah 'wisdom' & 'experience'.
  • Margin akhbar digunakan bagi mencatat idea tambahan apabila kita membaca sebarang berita dan rencana yang disiarkan
  • Satu wajah yang dilihat dapat mencetuskan 3 hingga 4 rencana berkualiti.
  • Idea adalah permata yang masih dalam bentuk asalnya. Perlu dijadikan bentuk sebelum layak dipanggil harta.
----

Siapa Zamri Mohamad. Beliau membantu melatih penulis berita dan rencana untuk akhbar dan majalah. Membantu membina jenama penulis dan 'mengejar' mereka selepas itu. Klik di sini.

Isnin, Oktober 04, 2010

Diari Latihan Oktober 2010

Program sepanjang Oktober. Sebarang jemputan ke organisasi berkaitan penulisan buletin organisasi melalui latihan@akademipenulis.com atau pegawai kami, Tuan Halim di 0132965380

Ahad, Oktober 03, 2010

10 Oktober cetus 'huru hara' kursus penulisan






Menjelang gelombang 'kegilaan' para peserta penulisan rencana pada hari Ahad 10 Oktober 2010. Informasi klik di sini.

  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Para peserta kali ini menerima gerak kerja 'buku hitam' yang akan mengikat mereka sehingga tersiar hasil penulisan mereka akhbar.

Kali ini saya kecilkan kumpulan agar saya boleh mengejar mereka.
  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Kaedah 'magnetik dalam iklan' yang mencetuskan beberapa judul yang mencipta wao! sepanjang bengkel. Mereka benar-benar kreatif. Semoga terus mencurah idea-idea mereka dalam berkarya.

  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Tuan Kamarol Halim mencerna idea melalui kaedah Six Thinking Hats. Bagaimana satu bahan dapat dipecahkan ke dalam dua medium berbeza serentak.

  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Peserta, Puan Rozaina (kiri) datang jauh dari Kedah. Beliau mendapat sokongan keluarga bagi memenuhi impian dan usaha memandaikan bangsa melalui penulisan. Pernah hasil karyanya tersiar di akhbar.

Beliau berkata, buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Professional merupakan momentum awal dua tahun lalu (2008).

Puan Rozaina adalah antara peserta yang datang ke bengkel sebagai cas tambahan daripada apa yang dibacanya daripada buku.

Terima kasih kepada PTS Pro yang menerbitkan buku ini sejak tahun 2006. Insya Allah, edisi kemas kini akan diusahakan agar lebih cepat, mudah dan praktikal.
  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Puan Azlin yang berpengalaman dalam bidang hartanah. Berpengalaman dalam menjalani kehidupan sebagai suri kepada warga Australia dan mempunyai pengalaman luas mengenai perkembangan masyarakat dalam dan luar negara.

Pengalaman beliau antara yang menarik dikongsi dalam bengkel dan akan disampaikan dalam penulisan.
  • Hari ini di bengkel pada 2 Oktober
Tuan Kamarol Halim, bertugas di SYABAS dan merupakan jurufoto lanskap professional. Isteri beliau juga seorang jurufoto professional. Beliau mahu berkongsi kemahiran fotografi melalui penulisan.

Para peserta tekun dan serius menjalankan latihan analisa penulisan sendiri. Pembuka kepada bengkel yang memberi impak ke mana dan di mana mereka melalui hujung pena sendiri.

Gelombang bengkel penulisan rencana 10 Oktober. Klik di sini