Langkau ke kandungan utama

Ringgit Murtabak dan label pekerja asing

Info sisipan




Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah


----------


Saya menyeluk saku mengeluarkan dompet. Mengasingkan beberapa ringgit kerana bercadang membeli sesuatu di pasaraya setibanya ke kampung. Bersama Abe, kami melencong ke Negeri Sembilan dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Kami berhenti di Plaza Tol Seremban selepas melepasi kaunter. Perjalanan pada pagi Jumaat tidak sesesak minggu lalu ketika cuti panjang tahun baharu Cina. Maulidur Rasul mungkin hari berehat di rumah sahaja.

Abe meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan pejabat pengurusan PLUS. Telefon bimbit dikeluarkan. Sepuluh minit bicara. Kemudian perjalanan disambung semula.

"Abe mahu ke rumah ambil wang sewa daripada penyewa," katanya.

Soal saya, "Siapa penyewanya?"

"Seorang peniaga pasar malam dan isterinya. Masih belum ada anak lagi," sambung Abe sambil membelok keretanya ke simpang kanan.

Abe menyambung cerita, "Penyewa ini berniaga di beberapa pasar malam sekitar Negeri Sembilan. Kemahiran beliau adalah menghasilkan murtabak. Cuma beberapa bulan ini perniagaan beliau kurang menjadi berbanding dahulu."

Saya bertanya, "Sakitkah atau ada masalah peribadi menyebabkan beliau tidak dapat berniaga dengan keuntungan semewah dahulu?"

Kereta memasuki sebuah taman perumahan. Sunyi dan kelihatan rumah-rumah besar yang

sudah buruk kerana tidak didiami. Berbeza keadaan rumah-rumah yang saya lihat di kawasan lain berdekatan taman perumahan ini.

"Tidak, sebenarnya perniagaan beliau dahulu rancak kerana ada dua pelanggan utama. Iaitu pekerja kilang dan pekerja warga asing."

Kata Abe pekerja asing tidak suka pergi ke pasaraya hyper kerana kehadiran mereka ke pasaraya menjadikan mereka dicurigai. Oleh kerana itu, pasar malam menjadi pasaraya mewah bagi mereka membeli keperluan.

"Bukan sahaja di Malaysia, ketika Abe di Jordan pun begitu. Pernah satu ketika seorang pemilik kedai melayan kasar dan curiga pekerja asing dari Bangladesh yang hanya masuk mahu melihat-lihat barang di dalam kedainya. Saya berada di situ tidak pula dilayan begitu. Apabila ditanya, pemilik kedai berkata itu adalah pekerja asing," tambah Abe.

Rezeki kepada peniaga murtabak. Para pekerja asing membeli murtabak jualan beliau di pasar malam. Mewah dengan wang belian mereka setiap minggu. Ini ditambah lagi dengan pekerja-pekerja kilang yang keluar dari kilang jam lima petang yang membeli sebelum pulang ke rumah. Pekerja yang turun dari bas untuk masuk bekerja syif seterusnya akan singgah ke pasar malam sebelum mula bertugas.

Wang masuk buat peniaga murtabak di pasar malam.

Cerita berubah. Pekerja asing yang sudah tamat permit pulang. Pekerja asing tanpa permit pula ditangkap dan dibawa pulang. Pekerja kilang warga tempatan juga pulang apabila kilang mereka ditutup kerana pelabur sudah mendapat peluang mengurangkan kos pekerja di negara lain.

Pekerja asing dan pekerja kilang berkurangan, pendapatan harian peniaga murtabak pun berkurangan. Simbiosis pendapatan peniaga kecil terjejas. Sedangkan wang sewa rumah mesti dibayar pada hujung bulan.

Kereta kami berhenti di hadapan rumah dan dia sedang menunggu kami di pagar rumah. Sekali lagi saya menyeluk saku, melihat wang di dompet. Di pasaraya yang selesa atau di pasar malam ia akan pergi hari ini.




-------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...