tag:blogger.com,1999:blog-14446017.post8296400438111525803..comments2023-10-24T03:43:05.056+08:00Comments on Catatan Trainer Kursus Penulisan: Buku naik pangkat, disayangi bos, dihormati rakan sekerjaZamri Mohamadhttp://www.blogger.com/profile/14604255716045023211noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-14446017.post-9644028066221239962009-07-05T19:07:38.025+08:002009-07-05T19:07:38.025+08:00Salam,
Saya pun tidak pernah terpanggil untuk mem...Salam,<br /><br />Saya pun tidak pernah terpanggil untuk membeli buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart walaupun saya tahu kualiti isi kandungannya yang bagus. Saya selalu juga belek-belek tulisan Tuan (buku-buku yang berunsur pengurusan) di kedai buku, dan apa yang saya boleh simpulkan ialah hasil tulisan Tuan mengandungi idea, pemikiran bernas, up to date dan dipersembahkan dengan cara bagus sekali. Walaupun begitu, untuk karya Tuan, saya hanya memiliki Tip Menjai Penulis Bestseller.Saya belum lagi mempunyai satu kecenderungan apabila nampak buku Tuan, "Oh saya kena beli".Kenapa ini terjadi? Saya merasakan bukan kerana kualiti yang tidak bagus atau kerana istilah streetsmart. Pembaca sekarang bukan semuanya dari golongan yang pembaca tegar yang begitu kisah sangat tentang perkataan. Cuma, sekarang banyak pembaca ikut-ikutan. Kalau orang lain kata, buku ini bagus, maka dia akan membeli. Kekadang, walaupun dia tahu buku itu bagus, tidak juga dibelinya, mungkin kerana jenis buku itu yang tidak disukai. Pada penilaian saya, orang Melayu Malaysia suka membaca buku-buku motivasi berunsur agama. Cuba tengok Yakjuj Makjuj laku, karya-karya Dr Danial laku keras juga, Jatuhnya Sebuah Tamadun pun laku. Jadi apabila ternampak buku-buku yang berunsur pengurusan ditulis dalam bahasa Melayu, ini sesuatu yang baru. Pemikiran rakyat kita belum sampai ke situ, sebab kita masih lagi tegar disogok oleh karya-karya pengurusan tulisan Inggeris. Jadi untuk mengubah persepsi ini, kita perlukan kesungguhan dalam promosi tentang buku-buku pengurusan. Saya setuju pandangan Ibnurabi, kita perlu promosi yang kuat. Ia perlu selalu diperkatakan, biar kita biasa mendengarnya.Bila biasa mendengar, baru kita sebagai pembaca dan pembeli teringin nak baca pula buku-buku berbentuk pengurusan.Welma La'andahttps://www.blogger.com/profile/11575128719397950945noreply@blogger.com