Selasa, Februari 15, 2011

Usahawan cilik mengetuk setiap pintu rumah pelanggan

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------




Kanak-kanak ini leka mengira baki kuih yang dijualnya ketika menuruni tangga. Dia tinggal di blok A2. Saya menegurnya. 

Katanya dia menjual dari satu tingkat ke satu tingkat di setiap blok. Melihat baki kuihnya saya menjemputnya datang ke rumah, kemudian membelinya sebagai minum petang bersama rakan.

Semoga Allah murahkan rezekinya dan ibunya.

Nota: Saya dan Tuan Hafizul Hilmi telah menulis buku berjudul Si Blogger Kampung, inspirasi melahirkan lebih ramai usahawan cilik. Idea siri ini dipelopori oleh PTS Professional.

Insya Allah akan memasuki kedai-kedai buku seluruh negara.








Apa itu Si Blogger Kampung?




Ia bermula dengan peristiwa Haeqal berpindah ke kampung Pokok Mangga. 


Ia berpunca daripada ayahnya yang berpindah tempat kerja ke Melaka. 


Pokok Mangga merupakan kampung yang pernah terkenal dengan deretan pokok mangga sepanjang jalan serta menjadi tumpuan mendapat buah-buahan yang menjadi tarikan orang ramai. 


Ini juga menjadi sebab perusahaan kampung lain hidup mewah kesan daripada keunikan kampung ini. 


Namun, disebabkan pembangunan kampung ini hanya tinggal nama sahaja. 


Kesan daripada situasi ini, kampung ini menjadi terpinggir, penduduk kampung yang sudah biasa dengan perusahaan kampung melalui keadaan getir mencari rezeki. 


Salah seorang daripada mereka adalah Puan Jamilah, pembuat tikar mengkuang. Dia terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. 


Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. 


Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet.


-----

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates