Selasa, Februari 15, 2011

Training dakwah penulisan fasa Mekah meliputi seluruh negara

Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------



Kepada rakan-rakan Facebookian yang mengikuti perkembangan saya dan tim mengendalikan bengkel Penulisan Risalah Sosial di sini  , ini adalah hasil akhir kepada bengkel. Ikuti entri kami sebelum ini. Klik di sini



Ia menjadi agenda nasional menggerakkan kempen anti Valentine oleh JAKIM. Berikut merupakan foto pada bengkel dan foto Utusan (hasil akhir). Lima lagi menyusul.

Foto menunjukkan hasil kaedah "Pakej mereka, mesej kita"

Laporan akhbar the STAR menyebut, "Meanwhile, Jakim will also provide anti-Valentine's Day flyers and stickers to be distributed in campuses in the run up to the celebration on Feb 14. We want the students to pass the flyers to their friends and university mates in campuses"

Jakim has also invited 1,000 students from higher learning institutes to participate in the discourse.

Puji-pujian kembali kepada Allah yang memudahkan kerjasama tim kami dan JAKIM. Sejarah baru kepada pempakejan semula risalah JAKIM yang mesra pembaca.

Latihan penjenamaan semula risalah, buletin dan penulisan buletin dapatlah menghubungi latihan@akademipenulis.com

Kita sedang menggerakkan dakwah fasa Mekah dengan tujuan melenturkan hati dengan berita baik daripada Allah.



Sedikit catatan nakal


Foto diambil daripada blog pembaca. Klik di sini


Pernah membaca buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah? Kita gantikan coklat dan kad cinta dengan hadiah kedua-dua buah buku ini. Ia mudah didapati di MPH dan POPULAR. Insya Allah, tahun hadapan gelombang perubahan dapat kita lihat.

Terima kasih kepada pembaca di seluruh negara yang membantu usaha kami. Tahun lalu, Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah tercalon sebagai finalis buku Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR - Berita Harian. Ya, kita bekerja ke arah itu.

Kedua-dua buku ini adalah buku ideologi bagi memperkenalkan sesuatu yang dekat pada hati mereka. Insya Allah.



-----

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.





0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates