Selasa, Februari 15, 2011

Peniaga diseksa, trainer menyeksa, blog shop bernyawa


Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------

Pertama, saya mahu menunjukkan foto ini.

 

Ini adalah gubahan bunga yang dibuat oleh seorang peserta yang menyertai bengkel saya. Dia menjual di blog ini. Saya mengenali beliau kerana usaha beliau memberikan yang terbaik dalam kerjanya. Setiap tempahan bunga disambut rasa puas hati pelanggan. Saya tersenyum kerana ini adalah satu usaha menambah pendapatan halal kepada dirinya dan keluarga. 

Sentuhan beliau ikhlas, mengambil kira hati pelanggan dan sangat cermat agar pembelinya tersenyum.



Saya berdoa, satu hari nanti beliau dapat menjalankan sepenuh masa perniagaan ini agar beliau dapat membesarkan anak bersama-sama di rumah sepenuh masa dan mengucapkan selamat tinggal pada kerja yang menuntut masa yang bukan sedikit untuk diri dan keluarga.

Saya percaya ini adalah usaha kita yang sedang tim kami lakukan. Memberi khabar baik dari aspek pembangunan mikropreneur yang mesra syariah.


Berhenti daripada berteori tentang halal dan marah-marah. Kita bekerja bersama-sama.

-------

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah. Awal Februari menjadi permulaan kepada sekumpulan peniaga kecil yang mahu membawa perniagaan mereka ke online. Selama dua hari mereka berkampung di sini dan menguasai satu persatu kemahiran menghasilkan blog bagi tujuan perniagaan.

Di Akademi Usahawan, kami memberi penekanan kepada mereka yang tidak mempunyai blog dan menguasai asas membuka blog yang disediakan oleh Blogger.com. 

Selepas buku Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop terbitan PTS Professional diterbitkan dan memenuhi rak kedai buku MPH dan POPULAR, serta rangkaian kedai buku sekitar. 

Kami mendapat respons yang baik daripada pembaca, Selepas setahun kami bereksperimen menjalankan bengkel-bengkel kecil sebelum buku diterbitkan, kami mendapat kesimpulan dan tekad memilih menjadikan blogger.com sebagai asas perniagaan di internet.

Keputusan yang diambil tepat kerana ia merupakan pilihan majoriti peniaga kecil khususnya wanita. 

Berfikir sebagai blogger, peniaga di blog dan peniaga tradisional yang mahu berniaga di blog adalah tiga bentuk pemikiran berbeza.

Kepada para pembaca blog yang tidak mempunyai blog dan mahu mempelajari seni berniaga di blog, dapatlah melayari laman web ini. Klik di sini

Semoga Allah permudahkan usaha kita menjana pendapatan yang halal melalui blog.

Foto Sekitar bengkel



Foto peserta yang menjual gubahan bunga menggunakan Iphone atas 'arahan trainer'| Ada dua keadaan pertama dalam sejarah bengkel internet marketing Malaysia. Mereka terkejut! Kami memperkenalkan mobile and blog integrated campaign di dalam bengkel blogshop

Kedua, inilah bengkel pertama dalam sejarah bengkel internet marketing yang 100% menggunakan buku sebagai modul. Buku di atas meja mereka adalah Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop. Terbitan PTS Pro.

Mereka gembira kerana, "Inilah modul yang mereka boleh bawa ke mana-mana! Tidak ada lagi fail besar dan kertas fotostat lagi!" 

Tahniah tim PTS Pro pimpinan Tuan Aizat Razak yang mencipta sejarah besar dunia training melalui buku terbitan mereka. Di beberapa kedai buku, sudah tidak ada lagi.

----

Cerita sekitar bengkel



Puan di sebelah kiri ini mengingatkan saya kepada allahyarham Zafran, seorang penulis PTS. Wanita ini menemui bengkel kami kerana anak enam tahun membawa sehelai kertas yang ditemuinya dan diberikan kepada ibunya. Allah mempertemukan kami di bengkel. Beliau tidak pulang ke kampung kerana menunggu Sabtu ini.

Wanita ini membeli notebook semata-mata mahu datang berbengkel di sini. Sama seperti rakan dan mentor saya dahulu, arwah Ahmad Zafran yang membeli laptop terpakai berharga RM800 jenama IBM lama selepas menjual motosikal arwah ayahnya. Hanya kerana berjuang dalam penulisan. Sejarah berlaku sekali lagi di depan saya.

Dari bengkel sehingga sekarang, hati saya bercampur baur sedih, gembira, semangat dan pada masa meletakkan janji saya bahawa peserta ini dan yang lain-lain tidak saya sia-siakan dalam perjuangan mereka mencari rezeki yang halal dan berkat kepada orang lain. Menulis kapsyen ini membuat mata dan hati saya sedikit.... Wahai Allah, bantulah mereka.

----

Cerita dari bengkel



Para peserta hari ini tidak habis-habis menyentap hati saya. Peserta ini membuat saya tidak letih bergerak dari seorang demi seorang. 

Saya hanya berjalan kaki dari rumah ke pejabat. Tetapi peserta ini datang jauh dari Kuala Trengganu ke Kuala Lumpur. Baru tiba seawal pagi, terus masuk ke kelas dan terus mengikuti bengkel. Beliau datang ke bengkel kami dua kali. Terdahulu pada tahun 2009.

Beliau hanya sempat Qailulah (tidur sedikit) bagi mendapat energi sehingga petang. Apakah dengan semangat ini bisa memberi alasan untuk kita? Semoga Allah permudahkan. 

Alhamdulillah, Allah izinkan beliau dan lain menguasai tiga perkara besar di bengkel. Para peserta ini seperti peserta sebelum ini. Sifat mereka 'murni'.

----

Cerita sekitar bengkel



Buku ini datang daripada kedegilan kami dan prediksi kami tentang masa hadapan blog shop setahun lalu. Kemudian beberapa siri bengkel 'bawah tanah' melibatkan peniaga-peniaga Malaysia diadakan tahun 2010. Barulah buku ini ditulis. Alhamdulillah, kemasukkan Google dengan pejabat di Malaysia membuktikan prediksi dan kedegilan kami. Berfikir lebih daripada sekadar mencari peserta berbengkel. Tetapi menjadikan mereka rakan bisnes yang mesra Google. 

Buku ini beredar di seluruh negara dan buku inilah yang menjadi buku rasmi para peniaga di blog pada hari ini. Bengkel hari ini menggunakan buku ini sepenuhnya. Setiap seorang mendapat satu naskah.

Lain-lain








-----

Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates