Selasa, Februari 15, 2011

'Dukun' Penulisan Buletin fasa Mekah menjengah MAIWP


Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------





Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Allah mengizinkan kami bertemu kumpulan kerja yang sangat aktif membantu masyarakat. Kali ini melibatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Para peserta bengkel penulisan buletin terdiri daripada kakitangan dari 12 bahagian berikut;

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Baitulmal
  • Bahagian Pembangunan dan Pelaburan
  • Bahagian Pembangunan Insan
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Unit Audit Dalam
  • Unit Undang-Undang
  • Kompleks Dar Ass'adah
  • Kompleks Darul Kifayah
  • Institut Kemahiran Baitulmal
  • SM Agama MAIWP
  • MAIWP Cawangan Labuan


Bengkel ini mendapat sentuhan yang berbeza daripada bengkel-bengkel gaya 'tradisional' kerana formula Mulakan dengan Apa di Tangan ditekankan berkali-kali. 

Trainer, Tuan Azree Hanifiah membuat kejutan kepada peserta dengan membawa mereka menghadapi ketakutan.

Bukankah manusia sentiasa berhadapan dengan ketakutan. Ia berlaku dalam keluarga, rakan dan organisasi. 

Ketakutan yang menjadikan kita melihat orang lain seperti musuh atau mengganggu diri 'keamanan' kita. Kali ini mereka berhadapan ketakutan itu dengan membawa mereka bertemu kumpulan orang asing di luar hotel bagi sesi merakamkan kehidupan melalui kamera.

Seorang demi seorang mempunyai sentuhan emas yang dapat dilihat dari cara foto diambil. Maha suci Allah, foto yang terpamer mempunyai kekuatan cerita. Ini menjadikan ia sebagai nilai tambah kepada buletin yang mereka terbitkan.

Selain itu para peserta didedahkan dengan kaedah Enam Topi Pemikiran. Kaedah ini sesuai digunakan dalam organisasi, malah dalam mesyuarat keluarga sekali pun ia dapat digunakan bagi mencapai kata sepakat, selain daripada kombinasi doa dan istikarah.

Di sini mereka dapat melihat kekuatan dan kelemahan dari setiap aspek dan keterbukaan mengambil langkah emas bagi menjadikan buletin berperanan mengikat hati pembaca.

Selepas ini kami akan ke organisasi Tuan dan Cik Puan sekiranya berminat, Insya Allah.

Informasi dan jemputan bagi penulisan buletin dan rencana organisasi dapat diajukan ke latihan@akademipenulis.com

Cerita sekitar program



Inilah buku yang digunakan lagi dan lagi dari tahun 2006 sehingga kulit bukunya pun sudah kelihatan buruk. Buku terbitan PTS ini juga berada di Kinokuniya KLCC. Alhamdulillah, diizinkan Allah ia membantu melahirkan penulis di seluruh negara


Inilah co-author sebuah buku yang memenuhi siri pemasaran internet terbitan PTS Pro. Pada masa sama buku berkaitan fotografi dihasilkan. Beliau mengendalikan sesi fotografi 'Mulakan Apa di Tangan' melibatkan 22 peserta bengkel penulisan buletin MAIWP. Perbezaan bengkel kami adalah pakej, 2 hari bengkel penulisan, 1 hari bengkel fotografi untuk amatur. Agar foto di buletin kelihatan professional. Meskipun kamera kompak. 


Alhamdulillah, aktiviti yang memecahkan tetingkap 'luar sedar' adalah melalui sesi Pecutan Bebas. Di sini para peserta dapat mengetahui apakah proses mem'format' gaya penulisan. Cara ini mereka tidak perlu bermula dari kosong. Masing-masing bermula dari kedudukan berbeza.


Para peserta bengkel sedang melalui proses 'mengalihkan kemahiran' dari trainer ke peserta. Seni menulis buletin. Insya Allah. Ini adalah salah satu sesi 'kejam' dan 'air mata darah' ke atas peserta. Tetapi mereka senyum pula. 




Inilah kali pertama sepanjang mengendalikan sesi kreativiti. Hasilnya menjadi sebegitu banyak. Salah satu kumpulan aktiviti menggunakan lebih daripada satu kertas mahjung sepanjang analisa buletin MAIWP dan buletin organisasi lain. Membawa kepada idea baru kepada wajah buletin akan datang. Insya Allah.

---




'Dukun' sedang melihat keperluan yang mahu disediakan bagi proses menjampi buletin MAIWP. Keseluruhan, mereka memang terlatih dalam penulisan berita. Mudah diikuti. Proses dua hari ini adalah menambah seni persuasif dalam penulisan. Dengan izin Allah. 



Inilah 'sifu' fotografi cara gerila untuk amatur. Tuan Azree Hanifiah Beliau membantu memudahkan para peserta mengambil gambar yang bersesuaian bagi keperluan organisasi. Formula mulakan dengan apa di tangan yang dialihkan kepada peserta sepanjang hari ini. Saya pun menjadi muridnya hari ini. 


-----


Salah seorang peserta menggunakan tablet CSL bagi mengambil foto ketika sesi latihan di sekitar Chow Kit. 


-----



Kata Tuan Azree Hanifiah dalam sesi fotografi untuk buletin, "Bukan isu tukul (kamera) tetapi penukulnya (orangnya) yang menentukan kualiti foto yang dihasilkan. Foto ini menunjukkan peserta kami dengan dua jenis kamera berbeza mengambil foto subjek yang sama di pasar Chow Kit.


-----



Para peserta MAIWP yang menyertai bengkel penulisan buletin dan fotografi berhadapan dengan manusia sekitar Chow Kit. Mengambil foto mereka dan membina hubungan dengan mereka. Mengalihkan skil dari tangan mereka terus ke mata kamera. Mereka masih berlegar di sekitar Chow Kit.

-----



Tuan Azree Hanifiah berkongsi kepada para peserta bagaimana cara mengambil foto tokoh. Di belakang merupakan foto yang diambil beliau melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Para peserta bengkel MAIWP sedang mendapatkan tip-tip dalaman.

-----




Inilah yang dikatakan mengalihkan kemahiran. Dalam situasi sebenar, para peserta keluar dari hotel, berhadapan dengan rasa hati mereka, menegur dan mengambil foto mereka. Asas kepada para penulis buletin MAIWP berhadapan keadaan luar jangka. Ketika ini sesi sedang berlangsung. Peserta (bawah) sedang mengambil foto watak di sekitar Chow Kit

-----



Buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (ada di MPH dan Kinokuniya) merupakan titik tolak kepada pengenalan siri kursus ekspress, coaching dan bengkel bagi organisasi swasta dan kerajaan. 

Buletin organisasi dibantu dengan izin Allah dari aspek 'pakej' dan 'strategi' penulisan berpengaruh. Menggunakan formula 3P. 

-----



Sesi mengambil foto untuk keperluan buletin menggunakan setting sebenar. Para peserta menjadi jurufoto bagi program penyerahan cek. Kedudukan jurukamera, cara mengarahkan VIP dan jarak diajarkan.

-----



Sebagai nilai tambah kepada peserta bengkel penulisan buletin MAIWP, saya membawa bersama contoh buletin yang diambil dari luar negara. Sebagai contoh, pada tangan peserta itu ialah buletin Islamic Propagation Centre International, Africa yang saya perolehi setiap tahun. Maka ini menjadi rujukan bagi perubahan wajah buletin organisasi. 

-----



Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.


0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates