Khamis, Februari 03, 2011

Buku yang menghasilkan ramai penulis rencana





Dengan izin Allah, satu persatu penulis dilahirkan melalui buku ini sejak tahun 2006

Terbaru, saya menerima kiriman emel 3 Februari 2010, jam 6.19 petang

Semoga Allah memudahkan usaha Tuan Mohd Arif Juhani Abdul Rahman berkarya. Sebentar tadi beliau mengemelkan salinan artikel beliau yang tersiar pada 27 Januari 2011.

Dengan izin Allah, beliau membaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas terbitan PTS Professional dan mempraktikkan. Terima kasih tim PTS Pro, pimpinan Tuan Aizat Razak kerana menerbitkan buku ini sejak tahun 2006. Informasi klik di sini

Klik pada imej bagi paparan lebih jelas

Petikan emel

Salam sejahtera.

Saya, Mohd Arif Juhani Abdul Rahman, bukanlah alumni kepada kursus penulisan yang tuan Zamri seliakan tapi saya pembeli dan pembaca buku tuan yang bertajuk "Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas".

Motivasi yang tuan berikan dalam buku tersebut telah menguatkan semangat saya untuk terus menulis mengikut bidang pengajian saya ketika di universiti dahulu.

Hasilnya, rencana politik dunia Islam saya yang pertama tersiar di Berita Harian pada 27 Januari 2011.

Klik bagi paparan lebih jelas pada imej


Sekalung tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana menulis buku panduan yang begitu bermotivasi.

Secara jenakanya saya terfikir, jika hanya membaca buku tuan membolehkan rencana saya tersiar, bagaimana agaknya kalau saya sertai kursus penulisan tuan?

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada tuan.

Sekian

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman

------

Respons saya

Segala puji-pujian saya kembalikan kepada Allah, saya hanya bekerja sahaja.


Kita memerlukan lebih ramai Tuan Mohd Arif bagi membina keyakinan berfikir pembaca. Yakin berfikir, yakin bertindak. Insya Allah. Para pembaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dan alumni kursuspenulisan.com setiap satu memberi kesan kepada perubahan negara. Penulisan para pembaca buku dan alumni memberi tunjuk cara bagaimana ia dapat dilakukan pembaca. Insya Allah.

Emel pembaca terdahulu di Facebook. Klik pada imej

------

Aktiviti Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung melalui latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

1 Respons:

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) berkata...

Terima kasih Tuan Zamri kerana menulis buku ini. Saya juga sudah mendapatkan buku ini. Memang banyak ilmu yang saya perolehi di dalamnya. InsyaAllah, akan dipraktikkan :)

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates