Ahad, Februari 20, 2011

120 penulis super bertemu dan bekerjasama




Entri ini ditulis dan disiarkan di blog, Facebook dan dikirim kepada setiap emel yang pernah berurusan dengan saya. Kerana setiap seorang yang emelnya di inbox saya adalah saudara saya.

Nota: Jika kita percaya entri ini dapat mengubah hidup orang lain, klik butang share atau forwardkan kepada rakan yang kita rasakan dapat memanfaatkan.

------



Seramai 120 penulis diberi pendedahan dan laporan terkini perkembangan dunia buku tempatan. Inilah kali pertama Akademi Penulis menghimpunkan para penulis seluruh negara di satu tempat di Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis.

Bersama-sama dalam seminar itu ialah Tuan Fauzul Naim Ishak yang memperkenalkan ciri-ciri penulis bestseller dengan kaedah re-code dan Puan Ain Maisarah bersama Tuan Syaizul Amal yang menekankan pentingnya penguasaan 'rancangan perniagaan' bagi membina kerjaya penulisan.

Saya diberi amanah membentangkan mengenai menjana idea dan kreativiti penulisan. Sepanjang bengkel apa yang diberikan kepada peserta ialah

(1) Seni membina hubungan dengan penulis baru. Menggunakan seni kad dan hubung.

(2) Teknik menentukan sama ada berbaloi menulis buku berdasarkan judul yang dipilih atau tidak. Berdasarkan kaedah kreativiti penyelesaian masalah.

(3) Memilih pendorong yang dapat memberi booster kepada penghasilan karya seperti mana pendorong Stephen King, Christopher Paulini, Dan Brown, Dr Jeniri Amir dan Dr Zubaidi.

(4) Teknik merekodkan idea secara cepat dan dimasukkan dalam bank idea.

(5) Teknik bekerja secara co author berdasarkan projek buku.

(6) Pengurusan masa berdasarkan jenis buku yang ditulis. Saya mendedahkan bagaimana ada buku setebal 300 halaman siap ditulis dalam tempoh sepuluh hari.




Bertemu kita sekali lagi. Insya Allah.


-----



Zamri Mohamad merupakan penulis yang sedang mencapai penerbitan 21 buah buku pada tahun 2011. Dengan sasaran mengubah masyarakat secara total secara mesra syariah. 

Beliau melatih para penulis di bawah label beliau. Selain itu menggerakkan penghasilan peniaga tradisional yang berniaga di blog melalui formula Mulakan dengan Apa di Tangan. Juga membantu dalam aspek penulisan iklan jualan.




0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates