Selasa, Januari 04, 2011

Meraikan Cinta di Langit Syurga


“Sekumpulan bidadari membuatku kekal rasa di bumi.
Tetapi hanya bidadari seorang itu bisa membuatku menyentuh langit.”


Cinta Adam dan Hawa yang diraikan di langit

Kami menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan. Perkahwinan yang akhirnya mengesahkan hubungan dua orang pasangan. Mereka saling kenal mengenal sejak sekolah lagi. Sabarnya mereka sehingga tarikh itu menjadikan perkahwinan itu indah.

Terpamer yakin pada wajah menunjukkan tidak ada rasa bimbang. Terikat rasa percaya menjadikan mereka melangkah tertib melewati para tetamu majlis.

Tanpa paluan kompang, ia tetap meriah. Senyuman yang terpamer pada wajah para hadirin dan ibu bapa adalah senyuman yang meredhai hubungan mereka. Senyuman adik-beradik pasangan membawa bersama satu persatu memori bersama abangnya yang kini menjadi suami.

Memori kecil dan dewasa bersama datang bersilih ganti membuat mereka terkenang kembali. Hari ini abang mereka menjadi orang baru dalam hidup yang baru.

Majlis yang meriah tiba-tiba menjadi sunyi


Tiba-tiba suasana menjadi sunyi seketika. Hanya ada satu suara yang jelas didengari semua. Sebahagian mereka menutup mata mendengar kata-kata itu.

Inilah momen yang paling indah. Tidak terputusnya cinta yang lahir di bumi dengan cinta di langit. Cinta itu menjadi satu jambatan panjang yang menuntut sang pencinta merentasinya dengan sabar dan percaya.

Perkahwinan mereka sedang diraikan di langit. Disambut dengan amin para malaikat dan dimakbulkan doa itu oleh Allah.

Satu lagi pasangan 'Adam' dan 'Hawa' disatukan bersama lafaz yang menjadikan mereka suami isteri.

  • Petikan buku terbaru terbitan PTS Millenia

Emel pertama pada minggu pertama, Isnin pertama pada tahun baru. Emel rasmi jam 7.00 pagi. Manuskrip bagi tujuan terbitan PTS Millenia.



-----


Info terkini mengenai penulis Terbang Tinggi Setinggi Air Asia.


Insya Allah pada 8 Januari 2010 ini, kepada peniaga-peniaga kecil dan mereka yang akan mencari pekerja untuk perniagaan mereka kelak, kami akan mengadakan mini seminar 3M Mencari, Menggaji dan Mengekalkan Pekerja. Seminar ini penting bagi menghadapi pekerja-pekerja generasi Y yang melompat-lompat dalam tempoh singkat juga cara mengurus pekerja bermula dari 0. Tempat terhad.


Kursus lain pilihan peserta dalam peningkatan bisnes serta bakat Muslim

  • Strategi Menulis Iklan Jualan untuk Perniagaan Kecil 15 dan 16 Januari 2010. Klik di sini
  • Bengkel Penulisan Rencana Akhbar dan Majalah pada 23 Januari 2010. Klik di sini
  • Bengkel Blog Shop, Mulakan dengan Apa di Tangan 29 dan 30 Januari. Klik di sini
  • 19 Februari Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis. Klik di sini
  • 25 - 27 Februari Bengkel Penulisan Berita Rencana Klik di sini

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates