Sabtu, Januari 22, 2011

JAKIM tembusi dakwah fasa Mekah







Catatan langsung dari bengkel penulisan rencana buletin selama dua hari

Klien Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  • Para kakitangan JAKIM didedahkan 6 thinking hats. Dihadiri timbalan ketua pengarah. [via Celcom SMS]
  • Post mortem bahan risalah JAKIM mendorong usaha pembinaan imej total. [via Celcom SMS]

Pulang daripada pejabat mendapat emel daripada abang yang cukup membuat kita hilang penat, hilang stres dan gembira. Alhamdulillah, masuk pejabat petang ini, buka emel dan mendapat emel yang indah di mata dan hati. Terlupa tentang mahu 'baring', 'tutup mata' dan 'tidur' selepas enam jam mengendalikan bengkel. Semuanya hanya kerana kata-kata. Moga Allah rahmati dan membantu kita beristiqamah dalam kebaikan.

Klik untuk paparan lebih jelas


  • Maha suci Allah, malam ini bulan purnama penuh. [via Celcom SMS]
  • Hari kedua, 6.30 pagi di pejabat. Menuju ke ILIM bagi bengkel penulisan risalah sosial JAKIM. Membawa bersama buku kami, Kembara Lima Putera, memperkenalkan siri Fantasi Tauhid dan mendorong mereka agar diadakan bengkel ini di bawah penerbitan mereka. Insya Allah.
  • Peserta JAKIM didedahkan 'scare tactic', kaedah fasa Mekah dan fasa Madinah. [via Celcom SMS]
  • Peserta JAKIM didedahkan kaedah KJ Method dalam menghasilkan risalah.
  • Para peserta JAKIM sedang menghasilkan risalah sebelum pembentangan akhir.
  • Lima buah risalah dari 'fasa Madinah' ke 'fasa Mekah' telah dihasilkan oleh 20 peserta JAKIM. Pertama kali. Semuanya dengan izin Allah semata-mata. [via Celcom SMS]



------

Sekitar Kuala Lumpur

Insya Allah pada 5 dan 6 Februari ini merupakan bengkel Blog Shop. Mereka yang tidak mempunyai blog dan merancang berniaga dengan blog dapat sertai, hanya klik di sini

Insya Allah pada 19 Februari, Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis akan dianjurkan melibatkan tiga pengamal industri buku popular. Tiga rahsia besar dibongkarkan. Klik di sini

Kepada jabatan kerajaan dan swasta yang ingin menganjurkan bengkel penulisan buletin, rencana dan berita bagi meningkatkan imej jabatan dapat berhubung dengan latihan@akademipenulis.com hari ini.

Para peniaga yang mahu mempelajari seni mencari, menggaji dan mengekalkan pekerja, satu bengkel tiga jam akan diadakan pada 26 Februari 2011. Klik di sini

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates