Rabu, November 03, 2010

Strategi penulis bebas dalam fail rahsia dibocorkan

Teknik 6 thinking hats diaplikasi oleh peserta. Mereka menemui lebih satu artikel dari satu tajuk sahaja awalnya.Mereka menemui cara menghantar satu artikel kepada lebih satu majalah. Mereka mengasingkan maklumat gred A dan D sebelum menulis.

Kaedah KJ Method membantu merungkaikan masalah mereka yang menulis menggunakan kaedah yang dipelajari di sekolah. Memecahkan tembok beku idea yang tidak dapat diselesaikan dengan logik linear dalam karangan sekolah.

Contoh KJ Method menggunakan sticky notes turut diperkenalkan.

Pada tahun 2008, ketika saya dan rakan-rakan mengendalikan program kerjasama BMW, agensi Perhubungan Awamnya, Flieshman Hillard memberi arahan mengeluarkan meja dan kerusi VIP dari dewan.

Penonton dan BMW akan duduk pada kerusi yang sama. Minum dan makan pada cawan dan pinggan yang sama. Perkara yang sama dalam bengkel penulisan berita rencana, trainer dan peserta adalah sama. Sama-sama mahu menjadikan esok yang lebih baik melalui penulisan.

Menjana idea dengan iklan adalah sumber penghasilan rencana bermutu jika tahu 'kunci'nya.

Dr Zubaidi dan isteri datang jauh dari Johor berkampung selama tiga hari di sini. Menghadiri bengkel penulisan. Mereka diuji dengan kerosakan kereta lewat malam di sini.

Namun semangat mereka hadir jauh mengatasi ujian ini. Dr Zubaidi menulis, manakala isterinya akan membuat suntingan sebelum disiarkan dalam blog drzubaidi.com. Semoga Allah berikan kemenangan dalam usaha mereka 'tim memandaikan bangsa'.


Wakil Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kedua-duanya bertanggungjawab dalam mengeluarkan berita dan laporan berkaitan DBKL melalui Berita Bandaraya.

Cik Puan ini bertanya mengenai mana perlu didahulukan dalam rencana, jawatan kemudian diikuti nama atau nama diikuti jawatan. Ada beberapa jawapan dari aspek seni kewartawanan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, (diikuti ayat yang mewakili polisi kerajaan dan dasar).
  • Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia berkata, (diikuti ayat pandangan beliau respons kepada isu)
  • Bergantung kepada gaya kerja penerbitan sendiri.
Cerita sepanjang bengkel penulisan berita dan rencana untuk penulis bebas.

  • Ramalan negatif berlaku apabila kita tidak tahu.
  • Tandus ilmu. Minima 20000 judul buku baru diperlukan di Malaysia. Hanya ada 12000 diterbitkan . Ditolak buku teks, 3000- 4000 sahaja buku ilmu.
  • "Ah! Rencana begini aku pun dapat tulis." Soalnya, "Sudah tulis dan hantarkah seperti dia?"
  • "Jangan berangan!" adalah skrip dalam famili yang membunuh cita-cita besar kanak-kanak.
  • La Tahzan, dibaca 150 ribu orang di Malaysia.
  • Minda pembeli dan jenama penulis adalah berkait. Ada pembaca melabel penulis dengan perkataan tertentu apabila membaca.
  • Jika mahu menulis rencana, bertanya, "Apa manfaat untuk diri sendiri?"
  • Soalan pertama, "Mengapa menulis?" itu akan mendorong.
  • Bestseller mempunyai banyak maksud. Menjadi ikon pun dianggap 'bestseller'

Kepada organisasi yang berminat dapatlah menghubungi latihan@akademipenulis.com atau layari laman web ini. Klik di sini

-----

Zamri Mohamad adalah jurulatih kanan penulisan berita dan rencana melalui Akademi Penulis. Telah menulis 15 buah buku dan hampir 100 rencana akhbar dan majalah. Buku beliau yang diulang cetak, Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dan Tip Menjadi Penulis Bestseller mudah didapati di MPH dan POPULAR serta rangkaian kedai buku seluruh negara. Jemputan melalui latihan@akademipenulis.com

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates