Rabu, November 03, 2010

Kreativiti dan Inovasi Pemikiran JPA di Sabah










Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kesihatan dan kemampuan akal yang diberikan, 40 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya telah berkampung selama lima hari di Kampus Intan Sabah bagi melalui program Pemikiran Kreatif untuk Kerjaya.

Usaha ini digerakkan bersama tim UltraMind Resources, pimpinan Tuan Shamsuddin Ab Kadir dan bersama-sama Tuan Muhammad Firdaus Ariff.

Tujuan bengkel kreativiti ini ialah bagi mendorong para kakitangan membongkar potensi mereka bagaimana mahu mengurangkan kebosanan kerja dan meningkatkan keseronokan bertugas. Selain itu menggandakan hasil dan mengurangkan kos. Selain daripada usaha meningkatkan deposit amal di bank akhirat.

Selama seminggu di sini, para peserta didedahkan kepada perkara berikut;

  • Perbezaan kreatif dan kreatif super
  • Memahami apa itu persepsi
  • Seni mencipta perkara baru melalui dua perkara berbeza
  • Peraturan idea= p(i+k)
  • KJ Method bagi mempercepatkan kerja dua kali ganda
  • Menyelesaikan situasi menggunakan six thinking hats
Lebih menarik lagi, skrip komitmen yang disampaikan oleh peserta yang mahu menerapkan kaedah ini di dalam keluarga mereka. Semoga Allah permudahkan.

Kepada organisasi yang berminat mengadakan program dua hari dan seterusnya, dapatlah menghubungi Ultra Mind Resources di info@sk.my


-----

Zamri Mohamad telah menulis menggunakan kuasa kreativiti bagi menghasilkan 15 buah buku dan hampir 100 rencana akhbar dan majalah. Buku beliau yang diulang cetak mudah didapati di MPH dan POPULAR serta rangkaian kedai buku seluruh negara. Jemputan program kreativti bersama tim melalui info@sk.my

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates