Jumaat, Ogos 06, 2010

Tip Berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri

Buku 30 Strategi Membina Pengaruh menjadi koleksi perpustakaan MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Buku terbitan PTS Millenia ini mudah didapati di rangkaian kedai buku seluruh negara.

Telah berlangsung Program Bicara Penulis 21 Julai 2010. Bilik Seminar 2, Aras 3, Blok B. MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.


Sesi autograf. Sekitar program di MAMPU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Pengenalan kepada konsep 'teh pengaruh' berdasarkan enam acuan pengaruh yang membina pesona pada individu

Tuan Haeqal 'Zulqarnain' Hussin mendedahkan apakah persamaan para nabi dan mukjizat serta bagaimana ditafsir dari konsep pengaruh moden.



Kata pembaca, sudah melepasi halaman 30 pun masih kekal membaca buku 30 Strategi Membina Pengaruh. Baca komen pembaca di sini.

30 Strategi Membina Pengaruh hasil penulis prolifik Malaysia, Saudara Zamri Mohamad dan Saudara Haeqal Zulqarnain.

30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.

Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar.

Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh di bina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.



----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates