Jumaat, Ogos 06, 2010

Kursus Penulisan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Di Bahagian Penerbitan UTHM mewakili Akademi Penulis

Peserta bengkel penulisan buletin organisasi, Puan Azlina menemui entri komunikasi interpersonal dalam blog saya sekitar tahun 2007. Selepas tiga tahun Allah izinkan kami bertemu. "Saya gunakan entri saudara ketika mengambil ujian PTK. Alhamdulillah sudah selesai."

Beliau kini merupakan Penolong Pendaftar dan sudah hampir 10 tahun berkhidmat cemerlang di sini dalam pelbagai jabatan. Menyukai buku dan mendapat sokongan suami menyediakan bilik bacaan untuk beliau. Beliau membaca 30 Strategi Membina Pengaruh terbitan PTS Millenia.
Para kakitangan UTHM mengerumuni dan membeli buku-buku PTS yang dibawa
dan dipamerkan di pejabat penerbitan UTHM.


----

Siapakah manusia bernama Zamri Mohamad ini?

Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates