Sabtu, Januari 02, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL/KLIBF 2010 | Sidang peniaga-peniaga kecil

Info sisipan



Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah

----------

Prakata buku Urus Bisnes dengan Google (judul bakal berubah)

Dalam satu pertemuan para peniaga kecil, mereka bertemu, mereka berbalah, mereka berbincang, mereka saling pujuk memujuk. Mahu kekal dengan cara lama atau pun akur dengan kata-kata buku di tangan mereka.

Para peniaga kecil pada pertemuan itu sepakat. Apa yang didedahkan dalam buku itu adalah pendedahan wajib kepada diri mereka. Memperkenal, mengurus, memasarkan dan mengembangkan perniagaan kecil adalah rencah yang lengkap teradun dalam buku itu.

Seorang peniaga lama berdiam diri di satu sudut, mendengar para peniaga berbalah mengenai buku itu, “Selama ini kita melihat Google dengan kacamata pengguna!”

Semua peniaga kecil mendiamkan diri. Beliau orang lama dalam perniagaan gaya pos. Beliau tahu seni memasarkan katalog ke dalam peti surat dan mencipta jualan. Tetapi buku ini meresahkan beliau dua tiga hari lalu. Beliau perlu membuat keputusan baru.

Seorang peniaga muda berdiri dan bertanya, “Apa maksud tuan kita melihat Google dengan kacamata orang biasa?”

Peniaga lama mengambil kertas dan melakarkan logo Google.



Kata peniaga lama, “Dunia Google dari kacamata pengguna dan peniaga kecil adalah berbeza. Pengguna menggunakan Google cara biasa-biasa. Mereka masuk, daftar dan guna cari maklumat dan bersosial. Itulah Google dunia biasa.”

Beliau diam dan melukis lagi logo Google. Para peniaga kecil di sekeliling terkejut. Kegilaan apakah yang melanda peniaga lama ini. Kali ini logo Google aneh sekali.


Sambung peniaga gaya pos, "Buku ini menunjukkan sebaliknya. Sebuah dunia Google yang terbalik untuk peniaga seperti kita. Ada logo Google normal ada logo Google terbalik. Peniaga menggunakan Google cipta peluang luar biasa, menterbalikkan kegunaan Google yang menguntungkan perniagaan sendiri.”

Para peniaga kecil di sekeliling diam. Mereka akur dan mereka bersetuju. Tetapi satu soalan timbul. Tanya si peniaga muda, ”Jika demikian, siapakah di kalangan kami yang tahu dan dapat menguasai seni mengurus bisnes guna Google ini?”

'Tidak, bukan kalian. Tetapi ada seseorang yang lebih hebat dalam seni mengurus bisnes kecil. Jauh lebih tahu menterbalikkan Google orang biasa menjadi Google untuk orang bisnes. Beliau sahaja layak menggunakan buku itu,” kata peniaga lama itu.

"Beritahu kami, siapakah orang itu?” masing-masing tidak sabar.

Kemudian peniaga lama itu dan para peniaga lain di sekeliling, memandang ke satu arah, tepat ke arah pandangan mata orang yang sedang membaca teks ini.

"Orang yang sedang menyentuh buku ini dan sedang mengikuti perbincangan kita inilah yang berhak menguasai ilmu bisnes ini. Kerana buku ini ditulis untuk dia yang sedang membaca. Bukan untuk orang lain. Satu-satunya untuk dia.”

Ya, buku ini ditulis untuk saudara.




--------

Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates