Sabtu, Januari 02, 2010

Emel kepada peserta kursuspenulisan.com | Kita lari bersama

Info sisipan


Teruskan membaca entri di bawah

----------

Emel terbuka kepada mereka yang pernah menyertai bengkel penulisan saya di bawah kursuspenulisan.com, mereka yang menyertai kursus penulisan kendalian saya sebelum ini akan mengalami situasi berbeza. Tuan dan puan telah membayar untuk komitmen.

Tahun 2010 akan menjadi tahun result orientation yang tinggi kepada peserta kursuspenulisan.com.

-----


Asssalamualaikum wbt


Saya doakan tuan dan cik puan berada dalam keadaan sihat sejahtera.


Saya Zamri Mohamad, penulis bebas akhbar dan majalah. Tujuan emel ini dihantar kepada tuan dan cik puan bagi memaklumkan satu perkara besar yang akan berlaku pada tahun 2010.

Pada tahun ini, sekurang-kurangnya sebuah artikel dengan nama tuan dan cik puan akan terpapar dalam akhbar dan majalah tempatan. Kerana itu grup tertutup Tim Penulis Bebas diperkenalkan. Sebagai program inkubator kita. Khusus untuk peserta kursuspenulisan.com.




Meskipun kita sudah lama tidak ketemu selepas bengkel penulisan yang lalu, saya masih berasa perkara paling penting yang berlaku pada kita adalah melihat rencana kita tersiar menjadi impian yang mesti dilaksanakan pada tahun ini.

Kita akan penuhi impian kita dengan melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada impian itu. Sama-sama kita saling dorong mendorong antara satu sama lain. Di situlah lanjutan komitmen daripada tim kursuspenulisan.com.




Grup ini diwujudkan sebagai ruang diskusi, latihan kita memperbaiki karya berdasarkan komen-komen peserta terdahulu, sebelum dihantar ke akhbar, majalah atau pun laman web berautoriti.

Mari kita sasarkan sebelum hujung tahun 2010, paling tidak satu artikel tersiar dalam media tempatan. Satu artikel inilah yang akan menjadi kenangan kita dan akan dipotong kemudian disimpan sebagai kebanggaan keluarga dan keturunan. Satu kejayaan memenuhi impian.

Kemunculan grup ini adalah komitmen saya untuk berlari bersama-sama memenuhi apa yang terisi dalam hati tuan dan cik puan sebelum ini. Tahun ini ia bukan angan-angan lagi, tahun ini adalah tahun kita bertindak.

Mudah-mudahan kita saling berinteraksi di sini.

Salam hormat.

--------
Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates