Ahad, Disember 13, 2009

Nasihat mentor antara membangkang dan memberi pandangan


Teruskan membaca entri di bawah

----------



Sedikit sebanyak alat kawalan yang banyak butang di tepi katil saya fahami. Jam yang disediakan berfungsi seperti diharapkan. Jam tujuh pagi, saya dan pegawai pengiring Akademi Penulis, tuan Abdul Qahhar sudah siap berkemas pulang. Sarapan pagi di bawah menunggu.

Ingatan mentor baru saya, Tuan Yusof mengenai hidup masih teriang-iang dalam kepala. Semalam beliau berkongsi cerita. Katanya, "Satu keinginan itu termakbul apabila adanya niat dan disusuli usaha. Ada orang mahu sesuatu tanpa ada niat."

Itu katanya, mengimbau pengalaman mahu mengerjakan haji pada usia 40 tahun. Niat yang jelas datang bersama usaha. Dalam beberapa pengalaman yang dikongsi, niat dan usaha adalah kombinasi bersama jika kita mahu memenuhi impian.


Saya juga mendapat inspirasi daripada Puan Maimunah, beliau bercadang mahu mengadakan bengkel lanjutan bagi peringkat negeri dan pusat untuk meningkatkan kemahiran kakitangan. Beliau berkongsi impian kepada kami. Puan Maimunah amat teruja mencari-cari kursus yang dapat meningkatkan potensi kakitangan.

"Orang lama mesti menyediakan orang baru kepada perubahan. Mereka mesti dilatih dalam mengurus perubahan. Sebelum kami bersara, maka ini yang mahu kami lakukan," kata Puan Maimunah sambil menyerahkan cetakan Berita Pertanian.


Dari tingkat enam turun ke tingkat satu. Sudah ramai di kafe hotel. Saya mula mengambil beberapa hidangan. Teringat kata mentor saya seorang lagi, tuan Shamsuddin Kadir. Beliau mengajar saya agar duduk di meja yang berbeza sepanjang mengendalikan latihan peserta.

Dengan cara ini saya dapat berkenalan orang baru, dapat memilih mentor baru dan dapat meluaskan rangkaian baru. Ini jauh berbeza daripada apa yang saya lakukan dahulu yang mengikut protokol duduk di meja yang disediakan penganjur, jauh daripada meja para peserta.


Malam semalam saya gembira mendengar perkembangan klien dalam usaha memandaikan bangsa melalui penulisan teknikal yang dipermudahkan. Sempat mendengar pengalaman Puan Jong Chun Sun, Ketua Bahagian Pertanian, IADA Kerian-Sungai Manik. Beliau berkongsi cerita bagaimana tumbuhan menjadi stress melalui analogi yang menarik.

Hari ini sekali lagi saya duduk di meja yang berbeza . Ia berlaku dua kali. Kali ini saya duduk bersama Tuan Zaki yang bertugas di Baling.


Nasihat beliau, "Meskipun kita berpendidikan diploma, tetapi cara berfikir kita mesti PhD," nasihat pada awal pagi apabila saya mengajukan soalan apa yang dapat dikongsi dalam pengalaman kerjanya.

Beliau percaya kepada konsep lebih daripada sepatutnya. Tidak wajar kita terlalu selesa dengan apa yang kita dapat tanpa ada keinginan melakukan lebih daripada apa yang ada. Ini menjadikan kita benar-benar manusia yang menguasai potensi diri dan meningkatkan kualiti kerja.

Tuan Zaki mengakui majikan beliau banyak memberi inspirasi dan menguatkan kepercayaan yang dipegang.

Satu lagi nasihat yang disampaikan ialah, "Berikan pandangan bukan bersikap membangkang."

Apa maksudnya berikan pandangan lebih baik daripada membangkang?

"Memberi pandangan berlaku apabila kita jelas perkara yang dibincangkan dan tahu apa yang kita sampaikan. Meskipun pandanga kita tidak bersetuju, ia adalah sikap tidak setuju yang jelas apabila kita dapat mengenalpasti buruk dan baik yang dikemukakan oleh majikan."

Meskipun pandangan adalah pandangan yang bercanggah dengan kehendak majikan. Sikap tidak suka majikan berubah menjadi rasional apabila pandangan datang bersama pemerhatian yang teliti.

Sambungnya, "Jika kita membangkang, itu yang menjadikan orang tidak suka pada kita. Membangkang biasanya datang daripada orang yang tidak jelas fikiran dan kosong pengetahuan. Orang membangkang adalah orang tidak suka kerja."




------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates