Khamis, November 19, 2009

Bagaikan Aisyah | Isteriku si Mata Jeli

Tulisan Imran Yusuf

Hawa bertanya kepada suaminya, “Kenapa abang suka panggil saya si Mata Jeli? Bukankah Jeli itu nama sebuah pekan kecil di negeri Kelantan? Atau jeli yang seperti agar-agar? Apa hubungan mata saya dengan pekan Jeli atau jeli agar-agar? ”

Adam tersenyum seraya berkata, “Sayang, mata jeli itu ialah mata yang elok dan bercahaya, mencerminkan hati yang luhur dan ikhlas pula. Mata sayang memang elok dan bercahaya. Abang suka memandang matamu. Lagi pun nabi Muhammad memanggil isterinya, Aisyah dengan panggilan Si Pipi Merah kerana kulit Aisyah yang putih kemerah-merahan.”

Hawa berkata, “Adakah di pejabat pun abang panggil wanita cantik dengan merujuk kepada rupa fizikalnya?”

Kedengaran unsur-unsur cemburu dalam nada suara Hawa. Adam kelihatan dapat mengesan pertukaran nada suara isterinya.

Seni memuji berbeza mengikut umur

Dia berkata, “Bagi orang wanita yang sudah berusia kita puji pada sifat-sifatnya yang baik, seperti sifat dermawan, suka menolong orang miskin dan anak yatim dan seumpamanya. Bagi wanita yang muda pula puji sifat fizikalnya, seperti kulitnya yang halus, pipinya yang merah atau matanya yang jeli. Panggilan memuji wanita muda ini hanya relevan di rumah atau di kalangan anggota keluarga yang terdekat sahaja. Jika disalah gunakan mungkin ada yang salah faham.”

Apabila diri masih muda serta cantik jelita bergembira dan berpuas hatilah dengan panggilan suami yang memuji kecantikan.

Mintalah dia memanggil dengan panggilan yang berkenan di hati. Apabila dirimu sudah matang, semoga sifat keibuanmu sudah sebati dalam diri, manakala sifat-sifat terpuji sudah membudaya dalam tutur kata dan gerak laku mu. Semoga dengan itu nama harum dan terpuji dan diberi gelaran yang patut dan penuh penghormatan.

Nota: Sebarang komen dan perkongsian serta respon terhadap artikel ini dialu-alukan
-------




Mengenai penulis

Siapakah Imran Yusuf?

Imran Yusof

Dilahirkan pada 2 Disember 1958 di Kelantan. Seorang Bussines Analyst yang turut aktif dalam program kemasyarakatan. Mempunyai jiwa seni bahasa dan cenderung kepada insan dan alam sekitar.

Beliau menjadikan dunia internet sebagai dunia interaksi global. Buku pertama beliau menerima sambutan, Tip-Tip Poligami: Di Bawah Payung Aishah dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Buku ini pernah muncul dalam beberapa drama dan telemovie di Astro dan TV3.

Kemudian diteruskan dengan buku kedua berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Business Analyst yang banyak menghabiskan masa di dalam dan luar negara telah mendedahkan beliau kepada pelbagai ragam manusia baik yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga.

Peluang bekerja di luar negara memberi beliau pengalaman baru bagi membandingkan budaya kekeluargaan tempatan dan luar negara. Antara lokasi yang menjadi tempat persinggahanya ialah London, Jakarta, Rotterdam, Istanbul, Sydney dan Melbourne.



------

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates