Ahad, Ogos 09, 2009

Blog Syazaraihana | Kisah kesungguhan menjadi penulis dan penulis bestseller

Petikan blog pembaca dan peserta bengkel penulisan Akademi Penulis.

Diubah suai mengikut keperluan blog ini. Menggabungkan beberapa entri.

Petikan blog Syazaraihana.

-----

Biarpun menulis sebaris ayat, ia tetap dianggap penulisan seandainya dizahirkan, bukan disimpan sebagai impian dan angan-angan.


-----


Aku sebenarnya masih belum khatam lagi buku tulisan Zamri Mohamad. Mana tidaknya, baca masa senggang. Dalam perjalanan ke pejabat, balik kampung; masa anak-anak tidur dalam kereta, waktu itulah aku gunakan untuk membaca buku itu. Kadang-kadang buku 'baca' aku. Faham-faham sajalah.

Aku banyak temui perkara-perkara menarik dalam buku ini. Tapi apa yang aku teringat, tag yang diberikan oleh seorang sahabat dalam laman tagged aku iaitu, sekiranya seorang hamba meneroka satu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah bukakan satu jalan menuju ke syurga. Aku sungguh terkesan dengan kata-kata itu.

Bagaimana motivasi sebagai penulis direalisasikan, apa pentingnya membaca untuk mendapatkan sumber penulisan, apa kaedah yang pantas dan harus digunapakai, bagaimana seseorang penulis itu melalui turun naik dunia penulisan sebelum berjaya, sedikit sebanyak aku ketahui di dalam buku ini.

Kalau dah habis baca nanti, pasti ada sesuatu yang boleh aku kongsikan bersama para pengunjung laman ini. Sebab itulah tanganku gatal saja nak menulis.


Hubby aku kata, buatlah apa yang aku boleh buat, dia menyokong dari belakang.

Mahu jalur lebar?

Sudah disediakan demi isteri tersayang.

Mahu tolong jaga anak?

Sanggup berkorban duduk di hospital bila anak terpaksa dimasukkan ke hospital.

Mahu minta duit?

Ambil. Tidak pernah dia ungkit mengungkit. Jangan berkeluh kesah tentang duit. Baca doa banyak-banyak supaya ditenangkan hati, dijauhkan keluh kesah, dijauhkan hutang yang banyak serta doa menghindar dari dizalimi. InsyaAllah, hati kita takkan berasa gelisah.

---

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates