Langkau ke kandungan utama

Undian anda memberikan RM50,000 untuk Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim

Hanya tinggal sepuluh hari lagi, penyertaan saya dalam Freedom2Talk telah diterima. Mohon undian rakan-rakan di Facebook, blog dan lain-lain bagi membolehkan RM50,000 disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim agar mempunyai perpustakaan sendiri.

Setiap satu undi Tuan dan Puan memberi hadiah kegembiraan kepada mereka. Kini peranan kita pula menghadiahkan sebuah buku untuk setiap anak yatim. Sebuah buku dapat mencorak masa depan mereka.

Nota: Terima Kasih kepada Tuan Iskandar Syah atas kiriman informasi Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim.

Bagaimana caranya?
  1. Layari Freedom to Talk. Klik di sini.
  2. Klik pada vote, daftar dan login
  3. Selepas login klik pada candidate
  4. Pilih ZAMRI MOHAMAD. Terdapat video dan web saya sertakan.
  5. Klik pada vote.
  6. Ajak rakan-rakan lagi untuk sama-sama mengundi.

Hanya tinggal sepuluh hari lagi. Terima kasih kepada yang mengundi!


Langkah satu layari www.freedom2talk.org klik pada vote (petak biru di bawah)

Selesai mendaftar, login dan klik pada candidates, juga di bawah web. Kemudian klik nama saya.

Klik Vote for Me di bawah foto saya dalam Candidate Profile


Ulasan

Salam,
Aku terbaca entry ini di blog dr bubbles (blowing bubbles)....Boleh aku republish at my blog this entry...

Thanks You
Zamri Mohamad berkata…
Silakan :)

Terima kasih kerana membantu.

Catatan popular daripada blog ini

Benarkah hantu mengekori penulis berbanding pembaca?

Membuang 'hantu' yang membuat kita tidak menulis buku dan tidak berusaha membawa proposal kepada penerbit. Lakukan formula ABCDE penulis ini terlebih dahulu. Gantikan ayat yang berada dalam fikiran. Tik-tok kita menghampiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013. Mahu tahu siapa penulis akan turun padang? Mohon klik di sini

Los dan Faun permulaan kepada filem & drama bersiri

Bukan mudah bagi menghasilkan sebuah filem penyiasatan ala-ala Detective Conan, tetapi Afdlin Shauki berjaya melakukannya. Kali terakhir saya menonton cerita penyiasatan adalah sebuah drama berjudul Siapa Bunuh Alice. Seingat saya watak Zami Ismail sangat menonjol sebagai seorang penyiasat yang cuba membongkar kematian Alice (lakonan Alice Voon) di sebuah rumah percutian. Itu adalah drama lebih sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini jika dilakukan carian Google, Siapa Bunuh Alice masih menjadi topik perbincangan. Kali ini versi filem dengan perspektif baru dan jenayah baru diketengahkan melalui Los dan Faun. Tidak sempat menonton di Kuala Lumpur, saya mencuri masa menonton di Melaka hari ini tanpa saya sangka perkataan cencalok dan Klebang juga menjadi sebahagian dialog. Babak demi babak yang ditonjolkan secara pantas berbeza dengan pendekatan pengarah filem tempatan sebelum ini. Los dan Faun menjadikan saudara tidak senang duduk untuk mengikuti perjalanan cerita sehingga akhir. Kehilang...

Rahsia Bisnes Mamak di Malaysia Hari Ini TV3

Ruang menunggu di belakang studio Puan Wardina, (kiri) bersama dua orang tetamu Pandangan studio MHI dari belakang Hadiah sempena EURO 2008 Tuan Alexander (dua dari kiri) dan Tuan Thomas (pertama dari kanan) Penerbit MHI edisi Jumaat 27 Jun 2008, Tuan Ally Iskandar Slot Rahsia Bisnes Mamak 27 Jun 2008 Jam 7.30 pagi Malaysia Hari Ini, TV3 Saya menerima pesanan ringkas pada jam 6.00 pagi. Tuan Roslan mengingatkan saya program bersama Malaysia Hari Ini di TV3 pada hari ini. Saya sudah berada di Stesyen LRT Setiawangsa menuju ke Taman Bahagia. Dari sana, menuju ke Sri Pentas dengan teksi. Suasana Sri Pentas masih sunyi, cuma para kakitangan sudah berada di sana sejak awal lagi. Sebahagian masih belum pulang sejak semalam. Farah Fauzana sedang rancak di konti Hot FM, saya agak keliru dengan kedudukan studio. Berdiri di satu sudut, rakan setugas Farah Fauzana, Faizal Ismail menyapa saya dengan senyuman pagi. Kedatangan saya kali kedua (sebelum ini datang sebagai pelawat) adalah bagi mem...