Jumaat, Julai 03, 2009

Buat Duit dengan YouTube bakal menemui pembaca


Teruskan membaca entri di bawah

----------


Pruf Buat Duit dengan YouTube

Assalam alaikum wbt,

Pada hari Khamis, 11.59 malam, semakan pruf Buat Duit dengan YouTube telah berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada editor dan tim PTS Professional, reka letak yang kemas dan menarik serta memudahkan pembacaan.

Esok, Jumaat saya akan serahkan pruf bagi tujuan penambahbaikan. Bagi mereka yang pertama kali mendengar perkataan pruf, klik video di sini.



Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca blog ini, pembaca buku, rakan-rakan di Facebook dan tim PTS yang tidak putus-putus mendoakan saya dalam usaha pengkaryaan ini.

Saya dalam proses menyiapkan panduan newbie aplikasi Google untuk perniagaan kecil di Asia Tenggara, khususnya negara serantau.

Di sini saya kongsikan foto-foto pruf Buat Duit dengan YouTube dan senarai isi kandungan buku. Buat Duit dengan YouTube adalah buku sekuel selepas buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.

Sudahkah Tuan dan Puan membaca, memiliki atau menghadiahkan Internet Marketing untuk Bisnes Kecil kepada yang dapat memanfaatkannya?

Isi kandungan buku Buat Duit dengan YouTube


Penghargaan Prakata Bahagian 1 Memilih Bisnes untuk Video Jualan

Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes
Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan
Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh
Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike
Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube

Bahagian 2 Video jualan yang memikat pelanggan

Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan
Bab 07 Dari didik kepada menjual
Bab 08 Informasi pada video jualan
Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube

Bahagian 3 Rancang dan rakam video jualan

Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal atau pun murah
Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah
Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan
Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan
Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki
Bahagian 4 Penyuntingan video jualan


Bab 15 Menukar format video pada kamera digital
Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker

Bahagian 5 Memuat turun video jualan ke Youtube

Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube
Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube

Bahagian 6 Promosi Video Jualan dan jana wang Bab 19 Promosi video jualan melalui blog
Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul
Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook
Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS
Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite
Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water
Bab 25 SEO video jualan hari ini

Bahagian 7 Lampiran

Bab 27 Senarai semak untuk video jualan
Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil

Bahagian 8 Biodata Advertorial

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates