Selasa, Jun 02, 2009

Puan Fakhrati Bt Aziz | Pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Dalam blognya, Kembara Perjalanan beliau berkata, "Adik berkata buku ini seronok dibaca, kelak saya akan kongsikan kepada pembaca blog ini."

Empunya blog adalah Fakhrati Aziz (dalam foto) telah berumah tangga dengan kekasih hati Azman Abu Bakar pada 28 Februari 2009. Beliau merupakan pendidik di MRSM Merbok manakala suami beliau sedang berkhidmat di Gamuda Alor Setar sebagai Site Supervisor.

Saya tertarik pada profil Puan Fakhrati apabila ruangan Favorite Books ditulis dengan ayat berikut, "Semua buku yang sedang di proses di pusat sumberku dan yang dijadikan hantaran perkahwinan kami."

Tahniah kerana menjadikan buku sebagai hantaran perkahwinan!

Ya, ketika ini seorang sahabat lelaki saya juga sedang memesan kesemua buku perhubungan dan cinta bagi dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan. Mereka akan bakal diijabkabul selepas Aidilfitri tahun ini.

Terima kasih Puan Fakhrati Aziz kerana sudi memiliki Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Nota: Ketika promosi di Read Malaysia, Mines, Tuan Imran tidak dapat mempromosikan buku ini kerana ia tidak ada dalam stor PTS. Jika Tuan dan Puan menemui buku ini di kedai buku, ketahuilah itu mungkin stok terakhir untuk dimiliki atau dibeli untuk dihadiahkan. Dapatkan senaskah di Popular, MPH dan kedai buku seluruh negara.

Catatan daripada buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Memilih adalah proses mengambil apa yang terbaik dalam hidup. Memilih berlaku apabila adanya lebih daripada satu unsur. Dalam hal mencari pasangan, memilih adalah perkara yang penting.

Keadaan ini membuat kita mencari-cari personaliti yang secocok dengan peribadi, perasaan dan sudut pandang hidup kita. Adanya ketenteraman dalam hati apabila berpasangan menjadikan kita lebih berhati-hati mengucap kata-kata cinta ke dalam hatinya.

Dunia moden mencari-cari pasangan yang ideal sebagai contoh berhadapan krisis yang berlaku di luar pintu rumah kita hari ini. Pasangan ideal menjadi penguat diri, prinsip hidup dipegang oleh pasangan ideal menjadi inspirasi kepada anak-anak dan menjadi model positif kepada orang ramai.

Kita memilih pasangan juga bermaksud memilih individu yang boleh mewariskan kasih sayang kepada anak-anak. Ciri-ciri pasangan ideal bernama suami dari kaca mata cerdik pandai Muslim di negara Barat menyenaraikan elemen-elemen ini.

Ciri keempat. Suami yang ideal adalah lelaki yang budiman.

Tujuan tuhan melarang sentuhan lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga adalah ujian yang kecil sifatnya tetapi mempunyai maksud yang besar. Ia menjadi ukuran sejauh mana lelaki menghormati jarak peribadi perempuan sebelum dinikahinya.

Ia juga sebagai ujian mudah daripada tuhan sama ada lelaki itu mempunyai prinsip yang tegas terhadap diri sama ada hendak melintasi garis atau kekal dalam kawalan sebelum berkahwin.

Tuhan mendidik manusia dengan peraturan. Dalam bercinta juga didikan daripada tuhan. Sikap sabar lelaki dididik dengan peraturan ini. Lelaki dididik menjadi pelindung perempuan dengan peraturan ini.

Lelaki ideal yang menjadi suami idaman isteri dididik melalui praktis semudah ini. Suami yang ideal adalah lelaki yang budiman sebelum lafaz nikahnya.

Ingin ketahui tiga ciri seterusnya, bacalah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan hadiahkan ilmu ini kepada yang tersayang.

Nota: Di kedai buku MPH Mid Valley, terdapat enam naskhah lagi di bahagian rujukan Islam. Mereka yang berminat dan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Bangsar boleh dapatkan di sana.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates