Ahad, Jun 07, 2009

Cerita Kursus | Bengkel Penulisan kendalian tim Kursuspenulisan.com

Tuan Suhaimy dari Johor punya motivasi diri yang tinggi untuk berkarya untuk diri , keluarga dan masyarakat
Sesi teori pada waktu pagi
Penulis muda, Tuan Firdaus Ariff mengetengahkan tip pemasaran karya berdasarkan pengalaman beliau.
Mengetengahkan konsep 4K dalam dunia penulisan
Peserta adik beradik, Cikgu Fatimah dan Dr Mariam
Khusyuk mendengar tip-tip penulis bebas
Tim Eduweb TV datang secara mengejut membuat liputan program ini
Tim kursuspenulisan.com dan para peserta



Alhamdulillah tim Kursuspenulisan.com telah berjaya mengendalikan bengkel penulisan pada 6 Jun 2009. Menariknya kali ini, ia dihadiri oleh para guru, professional dan peniaga. Ini adalah program yang dijalankan sejak 2008.

Kesempatan cuti sekolah memberi peluang dan ruang kepada warga pendidik untuk sama-sama turun padang dan mempelajari seni penulisan non fiksyen untuk keperluan majalah dan akhbar.

Kesanggupan dan kekuatan matlamat para peserta dapat dilihat melalui penyertaan mereka kali ini. Seorang peserta memandu dari Johor ke Kuala Lumpur dan bermalam di kawasan rehat lebuh raya semata-mata mahu mengikuti kursus penulisan ini.

Sebelum ini kita menerima peserta dari Brunei, hari ini Kita juga berpeluang menerima seorang peserta dari negara jiran Indonesia, seorang profesional yang kini menetap di Malaysia.

Adakah bengkel penulisan ini berakhir dalam sehari ini?

Tidak! Ia berjalan setiap hari! Para peserta diberi bimbingan dan tip secara online daripada tim Kursuspenulisan.com bagi memastikan sekurang-kurangnya sebuah karya tersiar dalam majalah dan akhbar sebelum berakhir 2009.

Selepas itu ia akan menjadi booster kepada peserta untuk terus menghasilkan karya bermutu yang dapat mengubah lanskap masyarakat dan menjana pendapatan halal kepada semua.

Kejutan kepada tim Kursuspenulisan.com apabila bengkel ini mendapat perhatian Eduweb TV, Kementerian Pelajaran Malaysia yang membuat liputan mengenai program ini.

Terima Kasih!

Dalam bengkel sehari ini, kami mendedahkan bagaimana seorang pelajar menghasilkan RM100 sehingga RM300 sejam daripada komputer kemudahan percuma universiti.

Bagaimana pelajar yang sama juga menghasilkan jumlah wang yang sama daripada komputer murah berharga RM250 berskrin hijau.

Bagaimana seorang penulis dapat menggunakan hasil penulisan meningkatkan kredibilitinya, bisnesnya dan dihargai masyarakat kesan daripada hasil penulisan beliau.

Terbukti bahawa,

  • Penulisan dalam akhbar dan majalah mengembangkan bisnes saudara,
  • Meningkatkan kredibiliti saudara,
  • Saudara lebih dihormati dalam organisasi dan masyarakat,
  • Memberi ruang kepada saudara berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Sumber pendapatan halal saudara bertambah!

Memetik kata seorang penulis yang dinyatakan oleh Tuan Syarafuddin Sulaiman, "Seorang penulis harus berani menulis."

Keberanian untuk berkarya adalah langkah kedua selepas menghadiri bengkel ini. Jika penulisan untuk majalah dan akhbar diibarat seperti hutan tebal, maka kursus ini adalah sabit, parang, lampu suluh, tali dan segala macam perkakas survival untuk mempermudahkan cita-cita saudara.

Kursus seterusnya adalah pada Ogos 2009. Pendaftaran dibuka sekarang. Ia akan ditutup apabila mencapai kuota. Klik di sini untuk mendaftar




Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates