Khamis, Jun 04, 2009

Cerita di Read Malaysia | buku, pekerja dan hairan

Pengunjung berbangsa Cina membelek novel PTS, mencari bacaan terbaik untuk anak. Kredit foto- PTS
Pengunjung berbangsa Cina membelek novel PTS, mencari bacaan terbaik untuk diri. Kredit foto- PTS
Booklet percuma saya terima di Mines.
Senyum panjang Puan Norhazizam
PTS di bawah banner ini.


Read Malaysia 2009 akan berakhir pada Ahad, 7 Jun 2009. Saya berkesempatan menghadirkan diri pada hari Selasa lalu. Meskipun kebanyakan buku yang dipamerkan adalah dalam bahasa Cina, tetapi kita masih boleh membaca melalui warna, ilustrasi dan perkataan yang membawa simbol tertentu. Read Malaysia ada ceritanya tersendiri.

Cik Norizah, sengaja tidak pandang saya kerana sangka saya mahu bertanya mengenai royalti. Haha! Gurau sahaja.
Sallehudin yang bertanggungjawab dalam pengendalian info PTS di internet.



Tambahan lagi penerbit PTS menawarkan diskaun gila-gila sehingga 30 peratus. Buku Streetsmart seperti Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart dan Mengurus Konflik Cara Streetsmart dapat dibeli pada harga belasan ringgit sahaja.

Para pembaca blog ini boleh membaca dahulu di Google Booksearch sebelum membeli di Read Malaysia. Saya percaya pembaca mahukan kualiti dan saya telus kepada hasil karya saya. Ia boleh dibaca di sini.

Ketika berjalan di sekitar Read Malaysia, saya tidak meletakkan jangkaan bahawa saya akan membawa pulang sesuatu.

Sesekali mata saya tertarik pada koleksi permainan silap mata di sebuah gerai, kemudian seorang petugas bank datang dan mahu menghadiahkan set catur kaca, "Percuma, ini hadiah sahaja. Tuan gunakan kad kredit apa ya?"

Apabila saya berkata saya tidak menggunakan kad kredit, petugas bank itu tidaklah pula menghadiahkan set catur kaca yang dikatakan percuma apabila saya menjawab begitu.

Terima kasih Tuan Shamsuddin Kadir atas konsultansi profesional yang membantu. 

Jika hadiah, kenapa tidak diberikan sahaja? Hipokrit sungguh. Semuanya kerana mahu membuat jualan.

Kemudian rakan penulis, Wan Muhammad Haeqal kelihatan khusyuk menggeledah sebuah rak pameran. Unipress, seingat saya merupakan salah satu antara puluhan penjual yang menawarkan harga gila. Set berharga sekitar RM128 menjadi RM20.00, antaranya buku himpunan siri eksperimen sains mudah, siri saintis dan beberapa buah buku lagi.

Saya turut sama-sama menggeledah rak yang disentuh oleh sahabat saya tadi. Beliau pergi ke ruang pekedai lain. Mungkin tidak berjumpa apa yang dicari. Saya belek satu persatu buku, mata saya makin galak melihat setiap satu buku yang disusun kemas pada rak jualan. Pandangan mata saya pada buku tidak sesuai melihat orang, kelak orang salah sangka dan kata saya.....

Kemudian saya memilih tiga buah buku untuk dibawa pulang dari Unipress.



  • The Complete Guide Idiot's Guide to Starting a Home Based Business
  • The Complete Guide Idiot's Guide to Marketing Basics
  • Evaluate Yourself Marriage (jangan tanya kenapa saya beli buku ini).

The Complete Guide Idiot's Guide bukanlah siri buku yang murah di kedai buku biasa. Biasanya ia dijual pada harga RM70 ke atas. Di sini saya dapatkan pada harga RM23.00 sahaja.

Saya memerhatikan petugas yang menjaga setiap gerai jualan. Mereka muda, lepasan universiti dan ada yang masih belajar. Saya hairan melihat cara kerja yang diberikan pengurusan Read Malaysia kepada mereka.

Setiap kali buku dibeli pelanggan, petugas tersebut akan mencatat pada kertas. Jika sepuluh orang, maka sepuluh kali dia akan mencatat nilai jualan pada borang yang diberikan kepada mereka.

Mengapa tidak tunggu tamat jualan jam 10 kemudian penjual serahkan sahaja cetakan resit keseluruhan jualan dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Bukankah lebih efisien?

Cara kerja seperti ini dibimbangi akan kelihatan seperti tidak percaya dan curiga kepada penjual sehingga perlu ada mata melihat setiap ringgit dan sen yang keluar dari poket pelanggan masuk ke kaunter wang pembaca.

Saya perhatikan mereka. Sesekali mereka terlepas satu dua pelanggan. Pekedai pula perlu memanggil mereka untuk mencatat jualan yang terlepas tadi.



Pada tahun depan pihak Read Malaysia mungkin tidak perlu menggunakan sistem seperti ini. Pelanggan yang membayar pun hairan dengan cara kerja ini.

Kemudian di gerai jualan Utusan Publication, ada dua buah buku lama yang masih relevan dalam konteks perniagaan tempatan, iaitu Tears and laughter in Business (1) dan (2) oleh Sulaiman Abdullah (G.H Yeoh). Saya beli pada harga dua ringgit.

Saya melihat dari jauh ceramah dalam bahasa Cina, mengenai kepentingan nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan. Lebih tepat lagi vegetarian. Penonton yang duduk mendengar ceramah sambil makan sesuatu daripada mangkuk polestrin. Mungkin diberi oleh penganjur.

Dalam hati saya berkata, "Wo pu che tou."

Saya kira, pada masa akan datang PTS mungkin boleh mencetak poster penulis-penulis berbangsa Cina di bawah penerbitan ini untuk dipaparkan di sekeliling gerai jualan agar ada ciri-ciri homofili dengan majoriti pekedai lain.

Penekanan mesej bahawa buku PTS menggunakan bahasa Melayu yang standard, membantu dalam pendidikan anak-anak berbangsa Cina dan India di sekolah, membantu peningkatan bahasa dalam urusan rasmi pejabat mungkin antara skrip jualan yang boleh digunakan selain daripada kekuatan buku itu sendiri.

Herbal Tea di Mines.

Jam 6.00 petang, saya duduk berbual dengan seorang pengunjung bernama Anis yang mengendalikan pemasaran Golden Horses Helath Sanctuary. Berbual mengenai meningkatkan kualiti penulisan dan mendorong diri untuk berkarya.

Dari gerai PTS ke gerai jualanya. Perbualan kami berakhir dengan sepaket Golden Horses Herbal Health Tea dalam bungkusan yang saya bawa bersama.

Xie xie (terima kasih) cik Anis dan Zai jian (jumpa lagi)

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates