Isnin, Mei 11, 2009

Stop menjadi penulis miskin!

Cik Azzah, penulis buku Celoreng Biru merupakan pembaca Tip Menjadi Penulis Bestseller


Sekembali Tuan Firdaus Ariff dari Indonesia, beliau berkongsi cerita mengenai buku-buku yang dibelinya di sana. Salah satunya berjudul Jurus Maut Menulis Buku Best Seller tulisan Badai Fisilmikaffah. Baca di sini

Pada blurp hadapan ditulis, "Stop menjadi penulis miskin!"

Jika dirujuk pada nama yang sama, beliau juga menulis beberapa buku. Antaranya Tiada Nama Seindah Doa dan Takut Pacaran Berani Menikah. Baca di sini

Saya tertarik dengan judul buku Jurus Maut Menulis Buku Best Seller kerana di Indonesia dan Malaysia, kita sama-sama mempunyai permintaan daripada pembaca yang mahu mendapatkan maklumat apakah rahsia, pendekatan dan strategi menulis buku best-seller.

Jika di Indonesia sudah ada Jurus Maut Menulis Buku Best Seller, di Malaysia kita mempunyai Tip Menjadi Penulis Bestseller terbitan PTS Professional Publishing.

Buku ini mendapat window display dan public display yang baik dari kedai-kedai buku. Antaranya MPH cawangan Wangsa Maju dan Book Networks, di Giant Taman Permata, Kuala Lumpur.

Sudahkah saudara membaca dan mempraktikkan isi buku Tip Menjadi Penulis Bestseller?





Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

2 Respons:

puteri cahaya. berkata...

salam..hai. menarik, kerana saya memang meminati bidang penulisan.

tips menulis buku berkata...

Begitu sukarkah menghasilkan buku, sama ada buku fiksyen, buku ilmiah atau buku bukan fiksyen? Buku individu yang hendak menjadi penulis tetapi ramai yang tidak berjaya, apatah lagi sebagai penulis yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna di dalam dunia penulisan. Malah bukan menjadi rahsia lagi, ada yang masih lagi bermain dengan angan-angan. Mengapa anda hendak menadi penulis buku? Menulis buku dapat dilakukan sepenuh masa sebagai profesional dan dapat juga sebagai kerjaya sampingan.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates