Khamis, Mei 14, 2009

Ayah, gula-gula dan seekor ayam

Jika ada contoh, pasti Chow Kit menjadi latar kepada cerita yang ingin disampaikan

"Jika kita berjalan di Chow Kit, nampak orang jual ayam, teringin pula hendak makan ayam, seluk sahaja poket, buka dompet dan ambil wang. Kemudian bayar. Apa yang kita mahu, insya Allah dapat," kata ayah kepada kami ketika kami masih kanak-kanak lagi. Nasihat agar kami belajar bersungguh-sungguh.

Lima belas tahun kemudian.

Seorang kanak-kanak di pasaraya mahukan gula-gula berwarna merah dalam balang, "Hendak, hendak" mintanya berkali-kali sambil jari telunjuknya menunjukkan balang itu.

Si ibu dan ayah masing-masing membuka dompet, tetapi tidak ada wang yang cukup untuk membelinya.

"Hendak, hendak" kata si anak.

Tiba-tiba balang berisi gula-gula merah diambilnya, dibawa lari jauh oleh si anak. Ayahnya memandang si anak melarikan balang gula yang dipeluk kuat hampir pada dadanya. Seketika kemudian, si anak duduk di atas lantai, balang gula masih dipeluk.

Si ayah datang menghampiri, diambil balang gula dan diletakkan.

"Ayah tidak ada duit," katanya pada anak.

Tiba-tiba saya teringat cerita arwah ayah, ayam dan pasar Chow Kit pada 15 tahun dahulu.

Nota: Foto ayam adalah gambar milik Sani Rahman. Klik di sini



Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.


0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates