Petikan perbincangan di Wang Cyber
Dalam majalah Marketing (saya mula jatuh cinta pada majalah ini selepas isu terdahulu keluarannya mengenai kegagalan jenama produk Malaysia) edisi Disember ada memberi petanda positif bisnes di Internet pada tahun 2009 secara global.
- Telah ada peningkatan 45-236% pengunjung online ke kedai-kedai online. Ini termasuk kedai runcit online. Oh baru-baru ini saya di Damansara Utama, di kawasan apartment sudah ada kecil runcit online untuk penduduk apartment. Mereka pesan melalui online dan pekedai akan menhantar barang ke atas
- Ini adalah krisis ekonomi pertama dalam dunia internet. Kajian sebuah badan di UK menyebut, produk murah dan servis yang baik menjadi tumpuan pengunjung.
- Malah dalam keadaan gawat, maklumat mengurus wang juga menjadi topik carian penting di internet.
- Laman web yang mesra telefon bimbit akan mendapat peningkatan pengunjung yang tinggi kesan daripada mobile marketing daripada syarikat telekomunikasi. Di UK ia akan mencapai peningkatan 150% .
- Mark & Spencer mengalami kejatuhan 1.6 peratus dalam jualan keseluruhan. Tetapi trend belian di online untuk jenama ini ialah peningkatan sebanyak 34% dalam tempoh 13 minggu sebelum berakhir tahun baru. Ini adalah petanda besar pemasaran internet menjadi penting.
- Majalah Entrepreneur sudah dua kali menyenaraikan ramalan ini, "Perniagaan dan pemasaran di internet akan mengalami ombak besar kesan daripada situasi semasa" yakni limpahan pengunjung.
- Perlu ada penjelasan mengenai perbezaan perniagaan di internet dan pemasaran di internet, kerana skop kefahaman rakyat Malaysia generasi komputer (bukan generasi internet) melihat internet sesuatu benda yang baru dan tidak pararel dengan bisnes mereka. Orang-orang lama perlu diberitahu mengenai maksud pemasaran internet. Orang-orang muda lebih faham perniagaan internet.
- Ramalan 2009, media tempatan tidak begitu teruja dengan perkembangan perniagaan internet tempatan kerana mereka masih tidak memberi skop bersungguh-sungguh membantu menjenamakan perniagaan internet sebagai satu cabang industri.
- Pembeli e-book gologan profesional pertengahan akan muncul. Mereka kelompok pembeli berumur 29-38 tahun ke atas. Tetapi gaya e-book hari ini tidak dapat memenuhi cara bacaan mereka. Produk perlu dihasilkan dalam bahasa yang standard untuk subjek yang mereka cari-cari di internet.
- Meskipun ini situasi luar negara, trend di luar akan mengenai Asia Tenggara sekitar tiga hingga enam bulan selepas ia berlaku di sana. Sama seperti analisisis ekonomi dalam berita semalam. Malaysia perlu bersedia enam bulan daripada sekarang seperti disebut.
Ulasan