Khamis, Mei 01, 2008

Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008

Petikan berita daripada Berita Harian


Mari kita undi rakan-rakan penulis PTS!

POPULAR Book Co (M) Sdn Bhd (Popular) bersama-sama akhbar Berita Harian memberi peluang kepada pembaca untuk memilih pengarang pujaan mereka melalui Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.

Eksekutif Perdagangan Jabatan Bahasa Inggeris Popular, Azrina Azmi berkata, anugerah yang julung kali diadakan bertujuan mengiktiraf pengarang yang berkarya dalam bahasa Melayu sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kerana menyediakan bahan bacaan untuk pembaca.

“Harapan kami sebagai penganjur, anugerah ini akan memberi lebih semangat untuk penulis kreatif dan bukan fiksyen menghasilkan karya bermutu di samping meningkatkan daya produktiviti pada masa depan,” katanya.

Pembaca yang ingin membuat pilihan pengarang mereka, perlu mengemukakan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian dengan menandakan tiga buku paling digemari dan dilengkapi nama, nombor kad pengenalan serta telefon selain alamat.
Borang berkenaan perlu dikirim ke alamat Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, Lot 801, Level 8, Asmah Tower, Jalan Cerdas, Taman Connought, 56100 Kuala Lumpur, sebelum 17 Mei ini.

Azrina berkata, pertandingan ini dibuka kepada semua pembaca Berita Harian, kecuali kakitangan dan keluarga terdekat pekerja Berita Harian, Popular Book (M) serta CD-Rama & Harris, penyertaan tidak terhad, tetapi hanya layak menerima satu hadiah sekiranya dipilih sebagai pemenang.

“Borang penyertaan yang difotostat, tidak akan diterima. Borang tidak lengkap atau melanggar peraturan akan terbatal secara automatik dan keputusan juri muktamad. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan diumumkan dalam Berita Harian pada 27 Mei ini,” katanya.

Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM 50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun

Dua puluh pembaca yang dapat meneka dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang Kategori Bukan Fiksyen, bakal menerima baucer bernilai RM50 berserta Kad Keahlian Popular untuk tempoh tiga tahun.

Azrina berkata, buku paling laris di pasaran sepanjang 2007 disenaraikan untuk pilihan pembaca dan yang menerima undian terbanyak akan dimartabatkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2008.

“ Penulis yang memenangi anugerah ini bagi Kategori Fiksyen dan Bukan Fiksyen Akan menerima hadiah wang tunai RM 1,000 dan trofi, kedua serta ketiga akan menerima wang tunai RM300 pada majlis penyampaian hadiah di KL Convention Centre, 27 Mei ini, jam 4 petang.

Sepuluh novel yang dipilih untuk Kategori Kreatif ialah Bunga-bunga Kemboja oleh Aina Emir, Biar Rindu Berlalu (Sharifah Abu Salem), Ku Seru Kasihmu (Izzul Izzati), Kasih Seharum Lavender (Eita Ashyta), Atas Nama Cinta (Bikash Nur Idris), Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Murni Kasih (Norhayati Berahim), Senafas Rindu (Damya Hanna), Cinta… Tiada Akhirnya (Fauziahn Ashari) dan Buatmu Kekasih (Aisya Sofea).

Sepuluh buku Kategori Bukan Cereka ialah
Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains oleh Dr Danial Zainal Abidin,
Rahsia Melabur dalam Unit Amanah (Sunthara Segar),
Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah (Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof),
Dato’ Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikrah Harian (Bersama Ishak Din & Abu Hassan Din),
Motivasi Alihan Pelajar (Tengku Asmadi),
Ada Bagus Bagusss (Dr HM Tuah Iskandar),
Jangan Main-main (Dr HM Tuah Iskandar),
13 Mei Sebelum Dan Selepas (Tunku Abdul Rahman),
Rahsia Bisnes Orang Cina - ‘The Bamboo Network’ (Ann Wan Seng)
dan Rahsia Minda Jutawan (Amar Mahmood).

Dapatkan borang penyertaan daripada keratan akhbar Berita Harian

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates