Isnin, Mac 03, 2008

Persuasif dan hormat hak.

Komunikasi yang persuasif mengikut pakar komunikasi terletak kepada ciri-ciri berikut.

Perkataan yang digunakan tidak berbentuk serangan peribadi
Kenyataan balas mempunyai fakta yang jelas.
Mengambil kira menghormati hak orang lain apabila wujud proses perkongsian maklumat.
Tidak menggunakan perkataan adjektif yang terlalu banyak. Perkataan adjektif tidak konkrit dan tidak boleh diukur

Saya meneliti video berita ini semalam.






Peraih undi bertanyakan keadaan pilihanraya di kawasan tersebut. Penduduk ini menjawab, "Undi itu rahsia."

Balas peraih undi, "Yalah, undi itu rahsia, tetapi kami mahu tahu jugakan."

Adakah merahsiakan undi menjadikan seseorang pengundi atas pagar?

Tip penulis bebas: Hasilkan penulisan yang persuasif dengan mengenalpasti larangan-larangan di atas.

1 Respons:

Tok Rimau berkata...

Sama ada saya mengundi atau tidak, itu adalah rahsia. ;-)

..........

Kenapa Sol-jah memberi Figura Aksi?

Kami berkomunikasi melalui hadiah kecil itu.
1. Tanda terima kasih kerana sudi datang.
2. Supaya kami sentiasa diingat. Lihat figura, ingat Sol-jah. ha h aha.

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates