Isnin, Mac 03, 2008

Oh, saudara Zamri Mohamad sudah menjadikan blog beliau sebagai blog politik!

Oh, saudara Zamri Mohamad sudah menjadikan blog beliau sebagai blog politik!

Nanti dahulu. Blog ini juga mempunyai musimnya. Kali ini kita belajar cara menonton berita dengan kaca mata akal. Sebagaimana saya sebutkan dalam entri Melihat berita melalui kacamata berbeza, saya tekankan sekali lagi, dalam penyampaian sebuah berita, ia tidak harus diterima oleh penonton secara pararel. Lihat dari dimensi pelbagai. Dari situ timbul kepuasan, pengetahuan dan rasa ingin tahu.

Dalam teori komunikasi, berita yang disiarkan pada waktu perdana mengguna pakai teori-teori berikut sebagai aplikasi mempengaruhi penonton.

Agenda-Setting Theory

Berita yang disampaikan akan mengetengahkan apa yang dianggap penting diketahui oleh penonton. Berita yang dianggap penting itu dijadikan imej kekal ke dalam minda penonton berita. Dalam teori ini, berita yang disampaikan mempunyai dua unsur. Pertama, unsur amaran dan kedua unsur maklumat.

Berita yang disampaikan mestilah mempunyai kaitan dengan diri penonton.

Altercasting.

Berita yang disampaikan disusun sedemikian rupa dan dipaksa menjadi tabiat penonton. Memaksa bermaksud menjadikan penonton mengubah tingkah laku mengikut apa yang disampaikan dalam berita. Penonton diajar bertindak sedemikian kerana ia mereka diberitahu itu peranan sosiaol yang mesti dibuat sebagai masyarakat.

Diffusion of Innovations Theory

Berita bertindak memasuki minda penonton dengan memperkenalkan idea-idea baru. Berita bertindak membudayakan kepercayaan baru kepada penonton sehinggalah penonton percaya dan bertindak selari dengan tujuan berita disampaikan. Pendapat tokoh yang diulang-ulang merupakan ciri dalam teori ini.

Framing.

Berita mencipta mesej yang mesti dikuti dan dipercayai oleh penonton. Teori ini menyebut, poin utama dalam sebuah berita akan dipilih dan diubah suai agar selari dengan maksud yang hendak disampaikan. Sebagai contoh, berita seorang pemimpin menyampaikan ceramah di sebuah tempat. Berita umum adalah aktiviti ceramah oleh pemimpin, tetapi framing memfokuskan jumlah penonton yang sedikit (belum tentu betul). Ini cuba memberi maksud pemimpin itu tidak popular, tidak disokong dan lain-lain.

Psycho-Linguistic Theory

Berita memberi penekanan khusus kepada perkataan yang persuasif atau destruktif. Sebagai contoh perkataan bodoh yang disebut oleh seorang pemimpin akan diberi penekanan oleh pembaca berita. Bodoh adalah perkataan yang sesuai bagi mencipta elemen destruktif penonton terhadap pemimpin. Pilihan perkataan dalam berita yang disampaikan selalunya merosakkan keseluruhan konteks sebenar berita tersebut.

Selepas ini apabila menonton berita, fahami mengapa mesej diandam sebegitu rupa sehingga ia menjadi begitu persuasif atau destruktif kepada penontonya.

Maklumat lanjut http://www.tcw.utwente.nl/theorieenoverzicht/Alphabetic%20list%20of%20theories/

1 Respons:

Taiki berkata...

Begitu rupanya..
Bila sdr akan menulis tentang politik?

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates