Ahad, Mac 02, 2008

Melihat berita melalui kacamata berbeza

Pilihanraya Umum ke 12 negara memberi tarikan kepada saya dalam beberapa isu berkaitan media, komunikasi dan peningkatan kendiri.

Saya cuba-cuba mengingat kembali beberapa ilmu yang diajarkan kepada saya berkait rapat dengan media, khususnya teori-teori komunikasi.

Kita boleh belajar pelbagai perkara berkait rapat dengan media dan bagaimana treatment bahan dilakukan sama ada secara sukarela atau terpaksa oleh para pengendalinya. Pada sama berlaku pattern atau corak ganjil yang berlaku sepanjang kempen pilihanraya kali ini.

Video pertama berkait rapat dengan percubaan ketiga motivator dan pakar mengurus kegagalan, Billi PS Lim apabila beliau bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas.

Apa yang dapat kita belajar daripada kedegilan Billi Lim ini? Apakah kedegilan ini dapat kita jadikan alat bagi menujah diri mencapai apa yang kita percaya? Boleh jadi kegagalan itu mencambah idea-idea baru yang digagaskan kepada khayalak. Sebagai contoh Barisan Bebas Bebas Bersatu Negara yang disarankan oleh Billi sendiri.


Video kedua merupakan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar terhadap iklim ekonomi negara.

Dalam banyak video yang disiarkan oleh TV3, beliau dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan, jelas butir percakapannya, cepat memberi respon dengan kekuatan fakta mengenai apa-apa yang berkait dengan dasar kewangan dan corak ekonomi negara. Video ini menunjukkan keadaan sebaliknya.

Apakah punca di sebalik ketidak lancaran itu dan suara yang jelas bergetar. Pakar bahasa badan mempunyai jawapan. Mungkin kita boleh selak buku Allan dan Barbara Pease. Saya juga menyentuh isu yang sama dalam buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki berkenaan bahasa badan. Prinsipnya masih sama dalam apa jua situasi.


Video keempat berkenaan kenyataan kumpulan penduduk yang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional. Pada masa sama mereka meminta lampu jalan.

Kembali kepada soalan asas dalam kewartawanan, kita ajukan dua soalan, siapa yang dipilih dahulu dan apakah yang dilakukan oleh pihak terdahulu sehinggakan mereka menunggu empat tahun baru berpeluang mendapat tiang lampu. Mengapa ada tawar menawar pada kain rentang?

Kain rentang itu membawa dua emosi penulisan berbeza. Adakah perkataan Harap Maklum menggambarkan perkataan yang mesra bagi saudara?






Tip Penulis Bebas: Kita membaca berita bukan secara pararel, yakni selari. Kita membaca berita secara dimensi. Ajukan soalan 5WH (Who, When, Why, What, When, How)bagi setiap berita yang diterima.

Semua berita disiarkan oleh TV3 melalui http://www.tv3.com.my/

0 Respons:

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates